NAMA HAIWAN DALAM AL-QURAN

Antara haiwan yang disebut di dalam al-Quran adalah seperti berikut:


burung-hud-hud

Burung hud-hud berperanan sebagai peninjau yang membawa balik berita mengenai sebuah negeri, Sabak dalam sirah Nabi Sulaiman.

burung-gagak
Burung gagak telah dikirim oleh Allah kepada seorang anak Adam untuk mengajar cara mengebumikan mayat saudaranya yang dibunuhnya.
burung-puyuh




Burung Puyuh - (salwa), yang diturunkan Allah kepada Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya semasa dalam pelarian dan ia akan menjadi satu daripada hidangan yang diinginkan di syurga.


gajah
Gajah - Allah telah mengutus burung-burung untuk menghancurkan sebuah angkatan tentera bergajah.

unta
Unta - pula merupakan haiwan yang agak luar biasa. Bagaimana ia dicipta harus direnungkan.   Cara unta minum air apabila kehausan, menjadi misalan perbandingan kepada bunga api daripada api neraka dan kepada penghuni-penghuninya yang minum air mendidih.
Unta melintasi lubang jarum! Begitu mustahilnya bagi orang-orang yang mendusta dan menyombongkan diri terhadap ayat-ayat Allah untuk masuk ke syurga.


keldai-mselim3

Keldai – Kisah ‘Uzair yang ditidur terus-menerus tanpa bangun-bangun selama seratus tahun dan dihidupkan semula oleh Allah bersama keldainya.
kuda-mselim3

Kuda – ditunggangi dan dijadikan sebagai perhiasan dan menjadi salah satu yang diinginkan oleh hawa nafsu dalam kesenangan kehidupan dunia oleh manusia .Sulaiman a.s. sangat menyayangi kuda. Kuda-kuda adalah aset penting dalam ketenteraan negara.


lembu-mselim3

Lembu – disebut dalam kisah tiga Nabi, iaitu Ibrahim, Yusuf dan Musa. Nabi Ibrahim telah menghidangkan seekor anak lembu panggang yang gemuk apabila malaikat datang untuk berjumpa dengannya .Nabi Yusuf telah menghuraikan mimpi raja yang mengandungi lembu.
biri-biri-mselim3

Biri-biri – Nabi Daud telah diminta untuk mengadili dua orang yang bersaudara yang berselisih mengenai biri-biri betina.

babi-mselim3

Babi – Sifat babi tidak disenangi, kerana orang-orang yang Allah melaknatkan umpama mereka beruk dan babi.

anjing-mselim3

Anjing – haiwan yang tidak disenangi oleh sesetengah pihak, tetapi tidak diharamkan Allah.  Seekor anjing bernama Qitmir di sebut di dalam al-Quran.
beruk-mselim3

Beruk – telah diceritakan bersama babi tadi, iaitu orang-orang yang dilaknati dan dimurkai Allah dijadikan haiwan yang dua itu.


ular-mselim3

Ular - disebut sebanyak lima kali di dalam al-Quran. Kesemuanya mengenai tongkat Nabi Musa yang menjadi ular apabila dia melemparnya.
semut-mselim3

Semut – dalam kisah Nabi Sulaiman yang terdengar semut bercakap untuk masuk ke dalam sarang supaya tentera Nabi Sulaiman tidak memijaknya kerana tidak sedar.
ikan-nun-mselim3

Ikan – Kisah Nabi Yunus ditelan ikan nun. Doa yang sangat mujarab.” La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin”

Ada lagi, ke… bolehlah kita berkongsi bersama2....
Previous
Next Post »

5 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
February 13, 2012 at 3:30 AM delete

Al-quran meliputi seluruh aspek :)

Reply
avatar
Mawardi yunus
AUTHOR
February 13, 2012 at 2:10 PM delete

saya pnah baca buku cerita katoon pasal hawan2 dalam al-quran ;)

Reply
avatar
Cindai
AUTHOR
February 16, 2012 at 12:54 PM delete

Bermanfaat... perkongsian yg menarik...

Reply
avatar
Mr.Z
AUTHOR
December 20, 2013 at 3:40 PM delete

tambah lagi ler, kan haiwan seperti kuda belang, zirafah, angsa, ulat dan sbgnya...

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
September 10, 2014 at 12:49 PM delete

Surah annahl - lebah
surah al angkabut - labah-labah

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon