BATU GILING PUN NAK MASUK SYURGA

batugilingpunnakmasuksyurga

 Kisah Puteri Rasulullah dan Batu Giling

Pada suatu hari Rasullulah saw melawat puteri kesayangannya Fatimah Az-Zahra dirumahnya, semasa itu Syaidina Ali tiada di rumah. Ketika Baginda Nabi sampai di rumah dia melihat puteri kesayangannya itu sedang sibuk mengisar gandum dijadikan tepung untuk dibuat roti. Setelah dijemput masuk oleh puterinya, Fatimah pun mengadu dengan Rasulullah ayahanda tercinta. ” Ayahanda tolonglah beritahu kepada suamiku Ali supaya ia mencari seorang hamba untuk membantuku, kerana aku sudah tidak larat lagi wahai ayahanda”. Baginda sedih mendengarkan luahan puteri kesayangannya itu. Sehingga menitis air matanya. Tapi dipalingkan mukanya supaya tidak dilihat oleh puteri kesayangannya itu. Tapi sememangnya baginda terkenal dengan kebijaksanaannya. Baginda pun berkata kepada puterinya itu ” wahai Fatimah bukankah engkau ini puteri Rasullulah, engkau juga nanti yang akan masuk ke syurga Allah terlebih dahulu daripada orang lain. Jika engkau merasakan perbuatanmu, menguli tepung sangat berat, kau ucapkanlah subhanalah 33x,Alhamdulilah 33x dan Allahu Akbar 33x. Agar ringan segala pekerjaanmu nanti.


Dan tasbih itu juga dinamakan tasbih Fatimah.


Lalu Rasulullah pun menyingsing lengan bajunya dan mengambil alih kerja puteri kesayangannya itu. Sambil Baginda memegang batu giling pengisar gandum itu, baginda mengucapkan zikir atau tasbih yang diajarkan kepada puterinya tadi. Dengan izin Allah tak semena-mena batu giling yang dipegang oleh Rasullullah itu berkata-kata ” Wahai Rasullullah manusia senang sahaja nak masuk syurga dengan mengamalkan zikir dan tasbih itu, bagaimana pulak dengan aku dan keturunan ku?” Rasulullah kehairanan dan bertanya ” wahai batu engkau pun nak masuk ke syurga juga ke? dan kenapa engkau nak ke sana” . “ya aku nak masuk syurga, kerana aku takut dan tidak tahan akan panas api neraka” jawab batu itu. Lalu Baginda berdoa kepada Allah memohon supaya Allah memasukkan batu giling itu ke dalam syurga.


------------------------
Dari Majalah Muslimah:


Rasulullah berkata kepada batu giling itu "Bergembiralah kerana kau akan jadi salah satu batu mahligai Fatimah di syurga".
Rasulullah berkata pula kepada Fatimah "Jika Allah mengkehendaki, wahai Fatimah, pasti batu itu berputar sendiri untukmu. Tapi Allah mahu memberikanmu beberapa kebaikan dan menghapuskan beberapa kesalahannmu dan mengangkatmu ke darjat yang tinggi.

Ya Fatimah, perempuan mana yang menggiling tepung utk suami dan anak-anak, maka Allah tuliskan untuknya dari setiap biji gandum yg digiling satu kebaikan dan mengangkatnya ke satu darjat.

Ya Fatimah, perempuan mana yang meminyakkan rambut anak-anaknya menyisir rabut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah catatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada seribu orang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang miskin.

Ya Fatimah perempuan mana yang menghalangi hajat tetangganya maka Allah akan menghalangnya dari minum air di telaga Kauthar pada hari kiamat.
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
M@W@R Q@SeH
AUTHOR
February 29, 2012 at 2:33 PM delete

setiap perbuatan ada ganjarannya...cuma kita kena lakukan dgn ikhlas hati...

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
February 29, 2012 at 4:59 PM delete

Insaallah doakan ana moga ikhlas...sebab ana pn orang biasa yang x sunyi melakukan kesalahan kan....

Wassalam....

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
February 29, 2012 at 7:07 PM delete

terima kasih kerana sudi dtg menjenguk... :)

Reply
avatar
February 29, 2012 at 9:31 PM delete

terima kasih atas perkongsian..baru dgr cerita ni.. :)
rasa cemburu terhadap batu giling tu..bagaimana dgn kita..allahualam..
sudi2 la kiranya melawat ke blog hamba..:)

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon