10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T


orangyangsolatnyatidakditerima


Sabda Rasullulah S.A.W yang ber maksud:

" Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya"

Rasullulah S.A.W juga telah bersabda yang bermaksud : "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T ialah :


1- Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu surah.
2- Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat .
3- Orang lelaki yang minum arak tanpa bertaubat ( meninggalkan arak ) .

4- Orang lelaki yang menjadi imam tetapi makmum membencinya.
5- Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6- Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak .
7- Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
8- Orang perempuan yang tidak menutup aurat .
9- Orang yang suka makan riba.
10- Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasullulah S.A.W yang bermaksud :


" Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solat itu hanya menambahkan kemungkaran dan jauh daripada Allah S.W.T .
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Anonymous
AUTHOR
February 23, 2012 at 10:45 AM delete

Assalamualaikum,

Terima kasih sudi jadi kawan blogger saya. Saya pun dah jadi sahabat blogger saudara.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon