Kalau ikan di laut yang begitu kerdil boleh menghadapi lautan yang begitu masin, apatah lagi manusia yang cukup segala-galanya, sudah tentu akan dapat menghadapi segala dugaan dan cabaran .
Ingatlah ! manusia itu dijadikan dengan sebaik-baik kejadian.
Bermegah-megah dengan kekayaan harta dan wang adalah bahagia orang yang bodoh .
Bermegah-megah dengan perhiasan, pakaian yang indah-indah adalah bahagia orang yang sombong, takbur dan angkuh .
Bangga dan bersedap-sedap dengan makanan yang lazat dan mahal harganya adalah bahagia haiwan .
"Yang dinamakan bahagia hidup ialah ketenangan jiwa, hati dan fikiran"
Di dalam menjalankan tugas, tidak ada yang tidak susuh . Kamu akan pasti menemui pelbagai masalah . Dari itu, hendaklah kamu :
- Amanah, tekun dan sabar .
- Hormati ketua dan kawan .
- Segala Perintah Ketua Yang Baik , jalankan dengan penuh minat .
- Jangan kata tidak boleh sebelum dicuba . Orang yang berani mencuba itu bererti berjiwa besar .
- Ingatlah Allah bersama-sama orang yang sabar .
- Hiasilah diri kamu dengan adab perangai dan sopan santun .
- Biarlah hina di mata manusia tetapi mulia di sisi Allah .
- Disamping menjalankan tugas penjawatan , jangan tinggalkan bakti kepada Tuhan .
4 comments
Write commentsInsyaAllah...
ReplyBetul...betul... Ikan tu pun tak jadi masin... kan?
ReplySUKA INFO INI...
ReplyTerima kekawan semua yang sudi baca dan komen...seronok rasanya setiap entry saya ada yang baca...terima kasih sekali lagi...budi baik kekawan x dapat saya balas,,,
Replymselim3.blogspot.com
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon