MENGUTAMAKAN ISTERI BERBANDING IBU??

bunga

ALQAMAH termasuk orang soleh yang terbaik di zaman Rasullulah SAW . Ketika hendak meninggal ia tidak dapat mengucapkan apa saja selain syahadatain . Kalimah yang terakhir ini seakan-akan menghilang dari lidahnya . Keluarganya menghadap Rasullulah SAW dan mengkhabarkan hal yang dialami Alqamah kepadanya .


"Apakah dia masih punya dua orang tua?" tanya beliau .

"Bapanya telah meninggal sedang ibunya sudah lumpuh," jawab mereka . 

Rasullulah SAW memberikan isyarat kepada Bilal dan Ammar seraya berkata,"Pergilah wahai Bilal dan Ammar ke rumah ibu Alqamah dan katakan kepadanya bahawa Rasullulah SAW mengundangnya . Jika ia mampu datang hendaklah dia datang , tetapi jika tidak mampu biar saya sendiri yang akan datang ke sana " .

Setelah mengetahui bahawa Rasullulah SAW mengundangnya , ia mengatakan,"Demi ayah dan ibuku, engkau wahai Rasullulah aku yang sepatutnya menghadap kepadamu bukan baginda yang datang kemari ." Berdirilah ia dan berjalan padahal selama ini ia sudah lumpuh , menghadap Rasullulah .

Rasullulah bertanya,"Wahai ibu Alqamah bagaimana dengan Alqamah?"

"Dia baik-baik saja , sholat, puasa, dan berjihad ," jawabnya .

"Bagaimana hubunganmu dengan dirinya?" tanya Rasullulah .

"Aku ini marah kepadanya,"jawab ibunya .

"Mengapa?" tanya Rasullulah SAW lagi .

"Kerana ia lebih mengutamakan isterinya daripada aku," jawab ibu Alqamah .

Saat itulah Rasullulah hendak mengerakkan rasa belas kasih yang ada di dalam hatinya agar ia rela kepada anaknya itu selamat dari seksa neraka .
Beliau Rasullulah SAW menoleh ke arah Bilal dan Ammar sambil berkata, "Pergilah wahai Bilal dan Ammar  bawalah kayu api."

Ibu Alqamah bertanya kehairanan, " Mengapa Ya Rasullulah ?"

"Untuk membakar Alqamah di dunia sebelum dibakar di akhirat , "jawab Rasullulah .

Ibunya bertanya, Anakku jantung hatiku akan dibakar dia di depan mataku?"

"Tinggal pilih mahu merelakannya atau aku perintahkan untuk dibakar," kata Rasullulah SAW .

Saat itulah ia menjerit dengan suara hati yang paling dalam seraya berkata," Aku mohon kesaksianMu Ya Allah yang ada di langit dan Rasullulah yang ada di bumi , serta semua yang hadir di sini bahawa ku telah meredhai Alqamah ."

Dengan serta merta Bilal dan Ammar menghamburkan pergi ke tempat Alqamah . Belum sampai di tempatnya , Alqamah sudah dapat memgucapkan syahadat kembali pada nafasnya yang terakhir.

Rasullulah SAW pun bangkit menghantarkan jenazahnya dan berdiri di tepi kuburnya kemudian mengatakan,"Wahai sekalian manusia , barangsiapa yang lebih mengutamakan isterinya berbanding ibunya sendiri dan membuatnya marah , maka ia mendapat kutukan Allah hingga Hari Kiamat .


(Petikan daripada buku KISAH MOTIVASI HIDUP BAHAGIA DAN TENTERAM )
Previous
Next Post »

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon