14 perkara yang sunat dilakukan pada hari asyura adalah seperti berikut:-
1- Melapangkan masa/ belanja anak, suami @ isteri .Fadilatnya- Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2- Memuliakan Fakir Miskin.
Fadilatnya- Allah akan melapangkan dalam kubur nanti.
3- Menahan Marah.
Fadilatnya- Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4- Menunjukkan Orang Sesat.
Fadilatnya- Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5- Menyapu/ Menyusap Kepala Anak Yatim.
Fadilatnya- Allah akan mengurniakan sepohon pokok di Syurga bagi tiap-tiap rambut disapunya.
6- Bersedekah.
Fadilatnya- Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-
henti dari kecil hingga mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7- Memelihara Kehormatan Diri.
Fadilatnya- Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8- Mandi Sunat.
Fadilatnya- Tidak skit berat pada tahun ini. Lafaz niatnya : Sahaja aku mandi sunat dari asyura kerana
Allah Taala.
9- Bercelak
Fadilatnya- Tidak sakit mata pada tahun ini.
10- Membaca surah al-ikhlas seribu kali.
Fadilatnya- Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat di akhirat nanti.
11- Sholat Sunat 4 rakaat .
Fadilatnya- Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun yang lalu.
Lafaz niatnya : Sahaja aku sholat sunat hari asyura empat rakaat kerana Allah Taala . Pada rakaat
pertama dan kedua selepas fatihah baca surah al-ikhlas 11 kali.
12- Membaca" Hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiir" 70 kali.
Fadilatnya- Tidak mati pada tahun ini .
13- Menjamu Orang Berbuka Puasa
Fadilaynya- Diberi pahala seperti memberi sekalian orang islam berbuka puasa.
14- Puasa " Sahaja aku berpuasa esok hari asyura kerana Allah Taala"
Fadilatnya- Diberi pahala seribu kali haji , seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkan
baginya neraka.
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon