Jenazah dan Perkuburan

Ketahuilah bagi orang cerah hatinya dalam hal jenazah terdapat peringatan . Namun bagi orang yang lalai, menyaksikannya hanya akan menambah kekerasan hatinya saja. Mereka kira akan selalu menziarahinya. Tanpa sedar bahawa kelak, mereka juga yang akan diziarahi. Entah esok pagi, atau esok. Bila Abu Hurairah melihat jenazah, dia berkata," Pergilah dahulu, aku akan mengikuti kemudian." Kemudian Maklul ad-Dimisyqi jika melihat jenazah, berkata "Makanlah! aku sedang meresapi nasihat yang amat dalam." Usaid bin Hadir mengatakan,"jika aku melihat jenazah, hatiku selalu berkata bahawa kelak aku akan menyusul "


Ketika saudara Malik bin Dinar meninggal, dia keluar menghantar jenazahnya. Dia menangis dan berkata,"Demi Allah jika kau datang padaku sebelum aku hendak kemana aku pergi. Dan aku tidak tahu selama selama mana aku hidup." Al-Amasy mengatakan,"Pernah aku menyaksikan jenazah namun aku tidak mengerti siapa yang kutakziahi itu memandangkan semua orang kelihatan sedih." Tsabit al-Bannani mengatakan," Aku menyaksikan jenazah yang kulihat hanyalah orang yang menangis."

Demikianlah ketakutan mereka akan mati. Namun kini kita melihat kebanyakkan orang yang bertakziah tertewa sahaja. Mereka memperkatakan hanya soal warisan saja. Tidak ada bahawa mereka akan bakal menjadi jenazah juga.Ini kerana kerasnya hati kita, membanyakkan maksiat dan dosa sehingga kita melupakan ALLAH SWT dan hari akhir serta kepedihan yang akan dihadapi. 

Oleh kerana sibuknya kita kepada urusan dunia. Semoga ALLAH SWT menjauhkan kelalaian kita ini.
Previous
Next Post »

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon