Khasiat Campuran Air Rebusan Kayu Manis + Halia ....

khasiat-air-rebusan-kayu-manis-halia

Adapun khasiat kulit kayu manis adalah banyak untuk kesihatan dan antaranya:

  1. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh.  Madu dan kayu manis sangat baik untuk penguat sistem kekebalan tubuh, mengubati kepenatan akibat kerja rutin.  Kombinasi ini juga adalah baik untuk mengatasi kedinginan dan influenza.
  2. Pencernaan.  Madu dan kayu manis membantu dalam memperbaiki sistem pencernaan, menghilangkan gas dari perut dan usus dan mengubati sakit perut, perut kembung, salah penghadaman dan infeksi.
  3. Gatal-gatal.  Melegakan gatal-gatal yang disebabkan gigitan serangga
  4. Ia berfungsi memanas dan mengering maka amat sesuai diamalkan bagi mengubati selsema serta melancarkan pengaliran darah.  Ia dikunyah bagi mengeringkan hingus.  Amalan membancuh susu yang dicampurdengan sedikit serbuk kulit kayu manis juga berkesan untuk meredakan sakit itu.
  5. Air rebusan kulit kayu manis dan halia seringkali direbus bersama-sama bagi menghasilkan minuman yang melegakan bagi mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, terutamanya di bahagian kaki, tangan, lutut dan pinggang berpunca daripada kesejukan.
  6. Air rebusan kedua-duanya juga sesuai diamalkan oleh kaum wanita yang sering mengalami senggugut atau kesakitan di bahagian ari-ari dan kaki. 
  7. Di samping itu, air rebusan tersebut boleh digunakan untuk berkumur untuk mengubati sakit gusi dan juga menghilangkan masalah pernafasan berbau.
  8. Kulit kayu manis juga membantu menurunkan glukos dalam darah dan kolesterol.  Kesannya lebih ketara dengan meminum air campuran kulit kayu manis beserta madu.
Previous
Next Post »

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon