Air tangan orang yang tidak solat...

air-tangan-orang-tidak-solat


Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat itu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa A. S.


Begini kisahnya..... pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga , dia tidak ada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.

" Nak dijadikan cerita , Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila dah dapat anak, lelaki ini pun mula runsing. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat, tapi kena denda (dam) atau sedekah.. Tapi, kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu..
lalu, si lelaki yang dapat anak tu, dengan susah hatinya, pun pergilah bertemu dengan Nabi-Allah Musa.. Dan menceritakan apa yang terjadi ke atas dirinya..lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki itu tidak payah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yang lebih hina daripada air kencing anjing  hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan sembahyang dan minum air itu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi...

Lihat.. betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumah dia, lebih hina daripada air kencing anjing hitam..Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi..

Betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a. s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (untuk umat Islam) ,"As-solah as Solah wa amalakat aimanukum." maknanya,"Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu. "

Jadi, sama-samlah kita pelihara solat kita , dari segi zahir & batinnya, kerana solatlah amalan yang mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.
Previous
Next Post »

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon