Apa itu taubat
Taubat tu adalah pengaduan kita kepada Allah swt supaya Allah ampunkan dosa2 kita yang lalu serta mengahrapkan keredhaan-Nya.Taubat bukannya dengan kita hanya pergi ke masjid dan mengucapkan Astaghfirullah. Sebaliknya ada beberapa syarat2 dia yang kita kena patuhi supaya taubat kita tu diterima oleh Allah swt.
Kenapa kita perlu taubat
Kerana kita perlukan pengampunan Allah atas segala kesilapan dan dosa yang dilakukan . Allah itu Maha Pengampun,tapi hanya sekiranya kita minta dari Allah tetapi kita sombong nak meminta dengan Allah maka Allah takkan bagi keampunanNya kepada kita.
Apakah bukti kita bertaubat kepada Allah swt
Adakah dengan hanya meminta keampunan atas dosa2 lalu ?
Bukti kita bertaubat kepada Allah swt adalah dengan kita berhenti melakukan dosa2 tersebut dan tidak lagi melakukannya lagi pada masa akan datang.
Bukti kita bertaubat kepada Allah swt adalah dengan kita berhenti melakukan dosa2 tersebut dan tidak lagi melakukannya lagi pada masa akan datang.
Kenapa kita perlu bersegera utk bertaubat
Kerana kita tak tau bila kematian akan datang kepada kita. Mati akan datang kepada orang tua,tapi ingat, mati juga datang kepada orang2 muda. Dan,supaya hati kita masih boleh menerima hidayah Allah swt, Kalau seseorang tu buat dosa,akan melekat satu titik hitam dalam hati dia.Dan titik hitam itu takkan hilang melainkan sekiranya dia bertaubat kepada Allah swt.Sekiranya seseorang tu menangguhkan taubatnya,maka makin banyaklah titik hitam sehingga penuhlah hati dia, berkarat dengan titik hitam. Maka masa tu tidak ada ruang untuk nur hidayah masuk ke dalam hati.Hati akan menjadi tak lut dengan segala jenis ayat2 quran, hadis2 nabi dan nasihat2...Na'uzubillahi min zalik.
Sebab itu kita kena bertaubat selalu supaya hati kita sentiasa bersih daripada dosa.
Sebab itu kita kena bertaubat selalu supaya hati kita sentiasa bersih daripada dosa.
Apakah ciri-ciri taubat?
Ada taubat yang hanya disebutkan di mulut sahaja.kemudian selepas dari taubat itu masih lagi melakukan dosa yang sama.Taubat seperti ini adalah seperti kita melawak dengan Allah swt.Mempermainkan Allah swt dengan taubat palsu kita. Tetapi Allah Maha Pengampun..[Masya-Allah! ] Cuma dari segi keimanan kita kpd Allah adalah lemah.Sebab itula kita kena persiapkan diri kita sebelum bertaubat.Pastikan kita tau betul2 sebab apa kita bertaubat kepada Allah swt.Dan serahkan betul2 pengharapan kepada Allah swt. yang penting,doa kepada Allah agar Allah bantu kita dalam bertaubat kepadanya..Agar kita tak mengulangi semula dosa2 kita tersebut.
Ada taubat yang hanya disebutkan di mulut sahaja.kemudian selepas dari taubat itu masih lagi melakukan dosa yang sama.Taubat seperti ini adalah seperti kita melawak dengan Allah swt.Mempermainkan Allah swt dengan taubat palsu kita. Tetapi Allah Maha Pengampun..[Masya-Allah! ] Cuma dari segi keimanan kita kpd Allah adalah lemah.Sebab itula kita kena persiapkan diri kita sebelum bertaubat.Pastikan kita tau betul2 sebab apa kita bertaubat kepada Allah swt.Dan serahkan betul2 pengharapan kepada Allah swt. yang penting,doa kepada Allah agar Allah bantu kita dalam bertaubat kepadanya..Agar kita tak mengulangi semula dosa2 kita tersebut.
Bila kita kena bertaubat?
Esok? Lusa? Minggu depan ? Selepas baca ni ? selepas solat ? SEKARANG juga lah kita kena bertaubat.Tiada bertangguh lagi.
Apakah ganjaran bagi orang2 yang bertaubat? "Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Dia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya). (Surah Hud :3)
" Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah Tahrim :8)
Apakah jenis2 taubat?
Taubat ada 2 jenis ;Muwaqqatan (kalau silap betulkan..) yakni sementara dan Nasuha yakni taubat yang sebenar2nya dan selama2nya. Taubat sementara hanyalah penyesalan atau keinsafan tu muncul sekejap je..lepas buat taubat,kita masih melakukan balik dosa2 kita tu.. Huhu.. Taubat macam ni tak ada kesan. Tapi...
Taubat ada 2 jenis ;Muwaqqatan (kalau silap betulkan..) yakni sementara dan Nasuha yakni taubat yang sebenar2nya dan selama2nya. Taubat sementara hanyalah penyesalan atau keinsafan tu muncul sekejap je..lepas buat taubat,kita masih melakukan balik dosa2 kita tu.. Huhu.. Taubat macam ni tak ada kesan. Tapi...
bagaimana nak dapatkan taubat nasuha??
Ada 5 benda kita kena tengok. :
1. Kita kena tengok niat kita.Untuk apa kita bertaubat ? Adakah semata2 sebab kita dah tengok ganjaran2 dia maka kita nak bertaubat? Adakah sebab kita tau kalau kita bertaubat maka Allah bagi kita ganjaran di dunia lagi, maka sebab tu kita bertaubat? Itu dah kira tak ikhlas.Taubat kita kena ikhlas yakni diniatkan semata2 utk mendapat keredhaan Allah swt.itu yang paling utama dalam taubat. InsyaAllah taubat kita tu akan bertahan lama jika diniatkan sebegitu.
2. Kita kena menyesal atas segala dosa2 kita.Dan atas satu2 dosa sekiranya kita nak bertaubat dari buat dosa tu saja.Misalnya,seorang yang minum arak.Maka dia kena menyesal atas perbuatan dia minum arak tu. Kalau dia bertaubat tanpa menyesal,maka itu bukanlah dinamakan taubat.Tak melengkapi ciri2 taubat nasuha.
3. Kita kena berhenti terus daripada buat dosa itu.Misalnya,kita tengah buat satu2 dosa.dalam amsa yang sama kita teringat yang kita buat itu merupakan dosa,dan kita nak bertaubat.Maka pada masa tu jugaklah kita kena berhenti benda yang kita buat tu. Kalau kita teruskan jugak[selepas buat baru bertaubat..] ,maka itu bukanlah taubat namanya.
4. Kita kena berazam untuk TIDAK mengulangi dosa2 tersebut dan betul2 mematuhinya.Jangan hanya azam je tapi masih lagi buat perkara tu,maka itu bukanlah taubat nasuha.Kita kena berazam malah benci nak buat benda tu dan merasa seronok dan gembira bila kita dapat tinggalkan dosa2 tu.Contohnya kita selalu menipu.lepas tu kita bertaubat.dan bila kita tak menipu kita berasa gembira kerana berjaya mengekang diri dari menipu,[bukan gembira kerana diri sudah bertaubat]. Maka itulah taubat nasuha. Sebaliknya kalau kita taubat ,dan bila kita tak menipu kita rasa tak lengkap hidup kita,macam ada benda yang best kita dah tinggalkan.Huhu..maka itu tandanya taubat kita belum benar2 sempurna lagi.
5. pastikan taubat tersebut.. kita buat sebelum berlakunya 2 perkara.. Iaitu sebelum nyawa di tenggorokan(sebelum maut) dan sebelum matahari terbit dari barat. Sebab masa tu pintu taubat telah DITUTUP. Sudah terlambat sekiranya kita nak bertaubat pada ketika itu.Sudah banyak masa Allah berikan.tapi kita masih tak mau bertaubat,maka itu adalah silap kita. jangan diminta lagi masa,kerana Allah takkan berikan kepada orang2 yang sombong dengan-Nya. Nauzubillahi min zalik.
YA ALLAH, Ampunkanlah Dosa-dosaku ...
sekarang,lepas bertaubat,kena check diri kita ..ADAKAH taubat kita diterima Allah?Bagaimana tanda taubat yang diterima dan ditolak ?
Antara tanda orang yang taubatnya diterima:
1. Selepas bertaubat keadaannya lebih baik daripada sebelumnya. Seorang hamba hendaklah melihat dirinya setelah bertaubat. Apakah bertambah baiknya atau masih dalam kejahatan. Kalau menjadi baik, Alhamdulillah. Kalau sebaliknya, hendaklah dikesali.
2. Hendaklah berasa takut, yang dia tidak aman daripada azab Allah.
3. Hendaklah menambat keinginan hatinya daripada berbuat maksiat. Hendaklah menyesal dan takut untuk melakukan sama ada dosa kecil atau jenayah yang besar.
4. Berasa hina diri dan tawaduk.
Tanda taubat ditolak termasuk:
1. Lemah keazamannya dan hatinya membayangkan keseronokan melakukan dosa semula. Itu adalah taubat orang yang dusta. Malunya kepada manusia, tidak kepada Tuhan, takutnya kepada manusia tidak takut kepada Allah.
2. Tenang dan yakin dirinya telah bertaubat dan berasa aman daripada murka Allah.Ini yang biasa dirasa oleh kebanyakan orang yang bertaubat.Hanya dengan beristighfar dan mengerjakan solat sunat taubat,memadailah bagi diri mereka untuk merasa aman dan tenteram seolah-olah dosa sudah diampunkan.
3. Beku air matanya daripada menangis dan keras hatinya. Tidak takut terhadap kematian dan peristiwanya. Tidak takut neraka dan peristiwanya.Air mata yang mengalir bukanlah air mata hipokrit semata-mata.Sebaliknya lahir dari rasa keinsafan dan bersalah yang teramat sangat terhadap dosa yang dikerjakan.
4. Tidak melakukan amal soleh selepas bertaubat.barangkali mereka yang bersikapa sedemikian tidak layak untuk dikatakan sudah bertaubat.
Marilah kita bertaubat dengan bersungguh-sungguh kepada Allah sebelum terlambat. Sesungguhnya taubat itu dapat mendekatkan diri kita dengan Allah.
ASTAGFIRULLAH........
ASTAGFIRULLAH........
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon