Bumi Madinah memang terkenal dengan kesuburan dan terdapat banyak kebun tamar di dalamnya. Pohon tamar pula ada pelbagai jenis. Ada yang mengatakan ia mencecah 200 jenis dan hingga sekarang pun masih banyak lagi yang tidak kita ketahui. Apa yang penting disini, mengenai tamar madinah mempunyai kelebihan atau fadhilat seperti yang disebutkan dalam hadis seperti tamar nabi atau tamar ajwah masyur dikalangan orang awam. Ajwah atau tamar madinah ada disebutkan dalam hadis mengenai kelebihannya. Saad bin Abi Waqqas ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda :"Sesiapa yang makan tujuh biji tamar ajwah pada waktu pagi nescaya racun dan sihir tidak akan memudharatkannya pada hari itu."
(HR.Bukhari No.5769)Imam Muslim meriwayatkan daripada Saad ra sabda Rasulullah saw: "Sesiapa makan tujuh biji tamar yang tumbuh diantara dua tanah hitam (sempadan Haram Madinah) di waktu pagi dia tidak akan terkena racun sehingga petang."
Menurut Imam Nawawi ra, hadis-hadis ini menunjukkan fadhilat atau kelebihan tamar ajwah Madinah. Juga mengenai kelebihan memakan tujuh biji tamar tersebut di waktu pagi. Hikmah mengapa dikhususkan 'ajwah madinah berserta bilangannya adalah menjadi rahsia syara' yang tidak diketahui oleh sesiapa. Namun, demikian kita wajib beriman dan mempercayai hikmah dan fadhilatnya.
-Syarah Sahih Muslim 14/3 dan Fathul Bari 10/251-
Adalah menjadi kebiasaan bagi setiap pengunjung yang datang ke Madinah akan membeli tamar 'ajwah Madinah untuk dibawa pulang ke tanah air. Kebanyakan peniaga tamar pula menawarkan harga yang begitu tinggi untuk tamar jenis ajwah ini.
Sebagai peringatan , bukan semua tamar yang dijual di Madinah mempunyai fadhilat tersebut. Ini kerana kebanyakan tamar ajwah di Madinah banyak diimport daripada luar. Oleh itu, bagi mereka yang ingin membeli dengan tujuan untuk mendapat fadhilat ini perlulah berhati-hati agar tidak tertipu. Namun, demikian semua jenis tamar mempunyai kelebihan dari segi kesihatan.
Disamping itu, ada sejenis tamar yang disebut di dalam hadis Rasulullah saw tentang kelebihannya :"Sebaik-baik tamar kamu ialah 'Al-Barni' ia menghilangkan penyakit dan tidak mendatangkan penyakit".
(Fathul Bari 4/572 sahih Al-Jami' As-Soghir no.3303, As-Silsilah no.1844 kata Al-Albani : Hadis Sahih)
teteiba teringin nak makan ..huhu
ReplyDeleteKena cari rasa jika teringan macam tu. Cari kat kedai yang jual buah-buah sunnah macam ni insyallah ada. Sedap juga rasanya.
DeleteTerima kasih perkongsian ini mselim...alhamdulillah PC sekeluarga suka makan tamar...bukan bulan puasa saja..cuma tulah bila bukan bulan ramadhan...agar susah untuk mendapat tamar...
ReplyDeletesama2 PC,
Deletekalau bukan bulan ramadan memang susah sikit nak dapatkan tamar madinah nie kan.
mselim3
Banyak kelebihan tamar ni. Bertuah mereka yang tinggal di Madinah. Berkat pengorbanan dan susah payah Nabi SAW dan Sahabat RA untuk agama. Allah SWT bagi macam-macam kepada mereka. Untungnya jadi insan yang hampir dengan allah SWT. Kena usaha jadi macam Sabahat RA juga.
ReplyDeleteSemua tamar ini mempunyai fadhilat yang tertentu yang banyak lagi kita tak tahu...
Deletemselim3
pls: terima kasih PMDR visit mselim3 kat sini.
dpt ni mmg sdp..
ReplyDeleteyup.. memang sedap kan.. kalau dapat tamar yang ada tangkai, Sedap tamar nie tak manis sangat..
Deletemselim3
pls : manis tamar tak sama macam manis gula yang boleh mendatangkan penyakit kan..
salam....salam perknln daripada keladi....keladi ada baca komen yg diberikan mselim di blog umikasom.blogspot.my, berkaitan entri tak terupdate dalam bloglist, mselim tau mcm mana nak selesaikannya....terima kasih ya...saya follow blog ini
ReplyDeletewaalaikummusalam... KU,
Deletemasalah entry yg terupdate nie .. boleh dibetulkan dengan cara disetkan balik... feedburner atau betulkan balik link yang dimasukkan di bloglist blog.. masalah nie agak teknikal. Pape kena google sikit.
mselim3
Assalamualaikum MSelim3... maaf lama tah menziarah. Saya agak kurang berblogging kebelakangan ni. Salam ceria selalu ye... :)
ReplyDeletewaalaikummusalam... Khir,
Deleteterima kasih visit mselim3 .. mselim3 pun agak sibuk dengan tugasan harian dan pekerjaan..
mselim3
pls: kepada kekawan yang berminat dengan entry mselim3 boleh lah masukkan mselim3 dalam bloglist kekawan.. untuk mengikuti entry terbaru. Pape nanti ada masa mselim3 visit kekawan balik,,.
Tempoh hari, parent menunaikan Haji.. Banyak juga tamar berbagai jenis dibeli oleh mereka
ReplyDeleteAlahamdulillah... sedap tu bro dapat rasa tamar dari Makkah.
Deletemselim3
Kalau dapat buah tamar, saya sorang je boleh hadap makan banyak.. ;)
ReplyDeletehheheheh aizamia suka makan kurma bagus tu. Mselim3 pun suka makan kurma gak..
Deletemselim3
Assalamualaikum sedara, si matatajam dh kembali... Nanti sudi2 ziarah my blog...
ReplyDeletewaalaikummusalam... si M,
DeleteInsaallah .. tadi dah visit blog si M. Lama si M tak berblog kan..
mselim3
Kat rumah ni mmg wajib simpan stok kurma... Bagus utk kesihatan
ReplyDeleteMemang terbukti kurma memang bagus untuk kesihatan kan. Tak rugi amalkan permakanan sunnah..ada keberkatanNya.
Deletemselim3