Hukum Bercakap Semasa Khutbah Jumaat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
khutbah-jumaat

Hukum Bercakap Semasa Khutbah Jumaat - Daripada Abu Hurairah ra Rasulullah saw bersabda :"Jika kamu berkata kepada sahabat kamu 'diam' semasa imam sedang berkhutbah pada hari jumaat maka kamu telah berkata yang lagha ( berkata perkara yang sia-sia)" 


"Jika kamu berkata kepada kawanmu diam pada hari jumaat dan khatib sedang membaca khutbah maka tiada pahala jumaat baginya." (Nailul Authar dari Abu Hurairah). 

Menurut mazhab imam Syafie hukumnya makruh berkata-kata ketika khatib sedang berkhutbah. 
Manakala tiga imam yang lain (Hanafi, Maliki dan Hanbali ) mengatakan haram berkata-kata ketika khatib sedang berkhutbah. 

Berkata-kata ketika imam sedang berkhutbah menyebabkan tidak mendapat pahala solat jumaat tetapi solat jumaat tetap sah. 

Dibenarkan berkata-kata dalam keadaan tertentu (darurat) seperti mahu memberikan amaran kepada si buta daripada terjatuh ke dalam telaga, solat tahiyatul masjid, mengucapkan "yarhamukallah" kepada orang yang bersin, menjawab salam dan berselawat apabila mendengar selawat. 

Mengaminkan doa ketika imam khutbah jumaat tidaklah tergolong dalam kategori perkataan yang lagha (sia-sia) ia dibenarkan cuma dengan kadar suara yang perlahan.  

Terima kasih kerana membaca artikel > Hukum Bercakap Semasa Khutbah Jumaat ini .

Daripada : 
http://mselim3.blogspot.my

6 Comments

  1. alhamdulillah..terima kasih perkongsian ini ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama PC...

      terima kasih visit mselim3 kat sini.. :)

      mselim3

      Delete
  2. Assalammualaikum mSelim. Malangnya masih ramai yang sibuk bercakap dan bercerita ketika imam membaca khutbah.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih perkongsian ini. Tak boleh berkata-kata ketika khatib membaca khutbah.

    ReplyDelete
  4. Tp org kita lebih suka b'ckp dr mendengar.... Klu masa khutbah kits ralit b'wasap& b'fb mcmne pulak ye..

    ReplyDelete

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3