Tingkatan puasa di bulan ramadan menurut Imam al-Ghazali membahagikan puasa terbahagi kepada tiga tingkatan. Menurut sebahagian ulama juga menyatakan puasa ada tiga tingkatan.
1-Puasa Orang Awam
Hanya sekadar meninggalkan makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa serta keinginan berjimak. Manakala perkara-perkara makruh kurang ditinggalkan dan perkara-perkara sunat diabaikan.
2- Puasa Orang Khas (Puasa Khusus)
Puasa ini menjaga akhlak dan perkara-perkara yang sunat bagi menambah kualiti puasanya dengan memelihara mata, lidah, telinga, tangan dan kaki daripada perkara-perkara yang mengurangkan pahala puasa.
3- Puasa Orang Paling Khusus (Puasa Khusus al-Khusus)
Mereka bukan setakat menjaga diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa tetapi perkara yang boleh membatalkan pahala puasa. Perkara-perkara sunat dipentingkan serta anggota badan turut sama berpuasa dan hatinya sentiasa berzikir dan memperingati Allah. Puasa orang ini adalah puasa tertinggi kedudukan disisi Allah SWT dan merupakan amalan puasa para Rasul-Rasul, Nabi-Nabi, Para Wali dan Ahli Ibadah yang lainnya.
Berusahalah meningkatkan kualiti puasa agar lebih diterima dan diredhai Allah SWT. Kalau setakat tingkat yang pertama adalah sekadar biasa-biasa. Manusia yang berpuasa bukanlah sekadar berpuasa menjaga perutnya sahaja akan tetapi perlu menjaga perkara-perkata atau perbuatan yang mengurangkan pahala puasa seperti mulut masih bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak mendapat pahala. Hakikatnya puasa bukanlah sekadar menjaga perut sahaja tetapi melatih jiwa agar berakhlak dengan akhlak yang mulia. Insaallah..
Ini bermakna puasa yang disulami dengan amalan-amalan yang kurang baik akan mengurangkan pahala puasa, bahkan ada besar kemungkinan tidak diterima Allah. Insallah sesamalah kita menjalini ibadah puasa dengan amalan yang terbaik dan moga-moga diterima Allah SWT. Amin...
"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaiman diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu moga-moga kamu bertakwa."
(Surah Al-Baqarah Ayat : 183)
Terima kasih kerana membaca artikel tentang Tingkatan Puasa Di Bulan Ramadan .


Jom kita jadi yang no 3..sebab nak kejar syurga Allah yang paling indah..terima kasih atas perkongsian ini..alhamdulillah..
ReplyDeleteInsaallah... sesama lah kita mencarinya tingkatan puasa yang paling baik... Amin...
DeletemasyaAllah..mencapai tahap kedua pun dah berpuas hati bagi tahap org mcm saya ni.. Semoga amalan dan puasa di bukan Ramadhan ini diterima oleh Allah..aminn
ReplyDeleteSelamat berpuasa mselim.. :)
selamat berpuasa buat ctfand gak k...
DeleteTerima kasih sedara Mohd Selim untuk info yang sangat mendalam di bulan Ramadan. Selamat Berpuasa!
ReplyDeletesama-sama selera malaysia..
Deletemoga kita dikategorikan puasa paling khusus. tingkatkan amalan kebajikan kita di bulan mulia ni.. salam ramadan mselim...
ReplyDeleteInsaallah... yumida, moga2 kita mendapat kategori puasa yang terbaik...
DeleteAssalammualaikum mSelim. Ramai yang sekadar puasa orang awam je hehe..
ReplyDeleteSelamat Berpuasa mselim. Moga2 mendapat puasa yg terbaik
ReplyDeleteSelamat berpuasa buat PP jugak... moga2 mendapat puasa yang terbaik..
DeleteAssalamualaikum MSelim3;
ReplyDeleteSalam Ramadan dan selamat berpuasa.. mudah2an puasa kali ini membawa lebih keberkatan berbanding tahun2 sebelumnya... aamiin.
Maaf lambat menyingah di bulan puasa ni.. waktu agak tak menentu hihi. Salam ceria selalu.. :)
waalaikummusalam... khir,
Deletetakper khir... lambat menyinggang. "selamat menyambut ramadan" khir..
sepertinya saya ada di bagian puasa khusus hehe..
ReplyDeletebagus artikel nya..
Musa Blog - About Everything
Terima kasih Muhammad Musa sudi visit dan membaca artikel kat sini...
DeleteSalam, maaf kerana tidak dapat meneruskan exchange bloglist kerana masalah dalam blog saya.
ReplyDeleteTerima kasih
takper PP. Mselim3 memahami masalah yang dihadapi PP berkenaan dengan masalah bloglist PP k. Pape tahniah PP sudi link exchange dengan mselim3 dan tahniah atas domain baru PP k. Moga PP terus sukses dalam dunia blogging... Amin...
Deletesmoga kita semua berpuasa dgn penuh keimanan dan penuh pengharapan..
ReplyDeleteSalam Ramadhan Mselim..
ReplyDeleteLama x bw kt sini, perkongsian yg menarik utk direnungkan, jom ramai2 kita tingkatkan level puasa kita :)
ReplyDeleteJom Terjah: Bukti cukai GST menyusahkan rakyat berbanding SST
entry yang menyedarkan..yang mana satu la saya ni..semoga Allah terima dengan rahmn dan rahim nya..
ReplyDeleteMoga-moga kita berada pada tahap puasa yang terbaik, Insha Allah...
ReplyDelete