Manfaat Wudhu Sebelum Tidur

manfaatwuduk

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Sebelum siang berganti malam, sebelum malam melabuhkan tirainya. Manfaat wudhu sebelum tidur. Sebelum ini, marilah kita fahami apakah yang dikatakan wudhu itu terlebih dahulu. Wudhu pada pengertian bahasa iaitu sesuatu perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu. Dari segi syarak pula ialah membersihkan sesuatu dengan beberapa perbuatan yang dimulai dengan niat membasuh anggota wudhu iaitu membasuh muka, kedua belah tangan, menyapu kepala dan akhir membasuh kedua belah kaki dengan disertai syarat-syarat dan rukun-rukun tertentu. 

Manfaat Wudhu Sebelum Tidur 

  1. Menenangkan otot-otot sebelum berehat. Dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wuduk merupakan satu kaedah untuk mengendurkan otot-otot yang kaku akibat keletihan selepas melakukan banyak aktiviti harian. Dengan berwuduk ini dapat merehatkan fikiran dan badan. 
  2. Mencerahkan kulit wajah. Wuduk dapat mencerahkan kulit wajah. Ini kerana dengan berwuduk dapat menghilangkan kesan kotoran dalam kulit. Jika kotoran dalam kulit ini hilang maka sudah tentunya wajah kita kembali bersih dan cerah. 
  3. Didoakan malaikat. Malaikat sentiasa memohon perlindungan kepada mana-mana umat muslim yang sentiasa menjaga wuduknya. Malaikat adalah makhluk Allah SWT yang sentiasa berzikir dan sentiasa taat serta patuh kepada Allah SWT. Maka tentulah doa malaikat ini dikabulkan Allah SWT. 
Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa tidur di malam hari dalam keadaan bersuci (berwudhu) maka malaikat mengikutinya lalu ketika dia bangun nescaya malaikat itu akan ucap :
"Ya Allah ! Ampunilah hambamu ini kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu bersuci." 
(Hadis Riwayat Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra

Nabi Saw bersabda :"Apabila kamu hendak tidur hendaklah berwuduk terlebih dahulu sebagaimana wuduk untuk melakukan solat."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 

13 Comments

  1. lepas ni cuba untuk tidur dalam keadaan berwuduk..nice sharing:)

    ReplyDelete
  2. terima kasih mselim di atas peringatan, memang membiasakan diri begini pun setiap malam sebelum tidur...

    ReplyDelete
  3. Assalaamualaikum mSelim. Banyak kebaikan mengambil wuduk sebelum tidur. Pahala pun dapat..:)

    ReplyDelete
  4. Moga dpt amalkan dgn istiqamah...

    ReplyDelete
  5. nice sharing.jom sama-sama amalkan.

    ReplyDelete
  6. amalan yg mudah . semoga kita sentiasa melakukannya ...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum MSelim3.. In shaa Allah, akan sentiasa diamalkan. T kasih.

    ReplyDelete
  8. Sering terlupa.... terima kasih untuk peringatan. In shaa Allah, akan terus diamalkan.

    ReplyDelete
  9. As salam,

    azney singgah jenjalan sini :) Insha Allah :)



    xoxo,
    azneyshamsuddin

    ReplyDelete
  10. Terima kasih untuk peringatan..

    ReplyDelete
  11. lepas ni sebelum tidur ambil wudhuk. ^^

    ReplyDelete
  12. berwuduk sebelum tido merupakan sunnah baginda Nabi Muhammad. ia dapat melindungi kita drpd gangguan syaitan. jadikan ia sebagai amalan kita, insyallah malaikat akan jaga kita ketika tidur

    ReplyDelete

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3