Solat Tahajjud adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam iaitu setelah mengerjakan solat Isyak dan sebelum masuk waktu solat Subuh. Namun begitu waktu yang paling utama untuk melaksanakan solat Tahajjud itu adalah sepertiga malam yang terakhir (akhir pukul 3.00 pagi sehingga masuk waktu subuh). Solat sunat Tahajjud ini kebiasaannya digandingkan dengan solat sunat witir sebagai penutupnya.
Dalil disyariatkan solat tahajjud adalah seperti firman Allah swt :Maksudnya :
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "Solat Tahajjud" padanya sebagai solat tambahan bagimu ; semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkan pada hari akhirat di tempat yang terpuji ~ surah al-Israa' ayat 79 .
Tahajjud terbentuk dari kata dasar Hajjada yang bererti tidur dan tahajjada bererti tidur. Maka kata tahajjadtu bermaksud saya telah membuang jauh perasaan ingin tidur dari diri saya.
Amalan solat sunat yang paling utama di sisi islam adalah solat tahajjud . Ini sebagaimana sabda Rasullulah saw :
Maksudnya :
Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah iaitu bulan Muharram. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam (Tahajjud) - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya, Kitab al-Shiyam, no.1163.
Saat yang paling dekat di antara Allah dan hambaNya adalah pada tengah malam terakhir, apabila kamu boleh menjadi sebahagian daripada mereka yang mengingati Allah pada saat itu maka lakukanlah
- Hadis Riwayat Imam al-Tirmizi dalam sunannya ,kitab al-Da'waat,no.3503.
Jumlah Rakaat Solat Sunat Tahajjud
Rasullulah saw tidak menambah pada bulan Ramadan dan tidak pula pada bulan-bulan lainnya, melebihi 11 rakaat; baginda solat 4 rakaat,jangan kamu persoalakan akan kebagusannya dan panjangnya. Kemudian baginda solat 4 rakaat lagi,jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat 3 rakaat (witir) .
- Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam sahihnya , kitab at-Tahajjud, no. 1147
Hadis di atas menunjukkan bahawa solat tahajjud ini boleh dikerjakan secara empat rakaat-empat rakaat. Ianya boleh dikerjakan sebagaimana tatacara solat fardu yang empat rakaat iaitu dengan dua tahiyyat serta satu salam.
Cara Menunaikan Solat Sunat Tahajjud
1- Lafaz Niat Solat Sunat Tahajjud
Maksud ; Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah taala
-Pada rakaat pertama ; Lepas baca al-Fatihah baca surah al-kafiruun atau mana-mana surah.
-Pada rakaat kedua ; Lepas baca al-Fatihah baca surah al-Ikhlas atau mana-mana surah.
Selepas salam, baca doa tahajjud
Beberapa Sunnah Dalam Melaksanakan Solat Sunat Tahajjud
- Niat untuk mengerjakan solat tahajjud sebelum tidur
- Cara untuk menghilangkan mengantuk
- Solat sunat dua rakaat sebelum mengerjakan solat tahajjud
- Mengerjakannya di rumah
- Doa Solat Tahajjud
- Membangunkan ahli keluarga untuk mengerjakan solat sunat tahajjud
- Boleh mengeraskan atau memperlahankan bacaan.
- Memanjangkan waktu mengerjakan solat sunat tahajjud
- Dikurniakan Kedudukan Yang Terpuji
- Memudahkan Apabila Hisab dan menuju ke titian sirat
- Dikurniakan Bilik Khas Di Syurga Nanti
- Membentuk Keperibadian Yang Mulia
- Ditinggikan Darjat
- Termasuk Dalam Golongan Yang Dicintai Allah
- Mudah Untuk Khusyuk
TERIMA KASIH :)
ReplyDeletethanks for sharing mselim..bagus diamalkan di hujung-hujung Ramadhan ni
ReplyDeleteAssalaamualaikum mSelim. Perkongsian ilmu yang sangat baik..
ReplyDeletesalam. perkongsian yang bermanfaat..terima kasih share :)
ReplyDeleteterima kasih sharing mselim..
ReplyDeleteAssalammualaikum.. good sharing..syukron.
ReplyDeleteAssalammualaikum mselim3.
ReplyDeleteterima kasih share untuk kebaikan semua.
Alhamdulillah...
ReplyDeletetq for the sharing.
Semoga ramai yang mengambil kesempatan utk tahajjud.
InshaAllah
Thanks mselim atas perkongsian bermanfaat ni :)
ReplyDeleteJom Terjah : Jom Bergaya Dengan Kasut SNEAKERS!
singgah..jom komen, folo n klik tabung...will do the same !! :)
ReplyDeleteterima kasih mselim3 atas perkongsian.
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeleteAssalam mselim,
ReplyDeleteBagus sekali perkongsian ini, boleh buat rujukan pabila memerlukan. Terima kasih sahabat...
Salam mselim...
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian... :)
alhamdulillah ... ada rujukan ...
ReplyDeleteAlhamdulillah..jom sama-sama kita amalkan...
ReplyDeleteperkongsian yg bermakna buat kami
ReplyDeletememberi peringatan..coz jarang buat solat ni
bagus sgt mselim bagi kami ingat kembali solat tahajjud ni
Perkongsian yang berguna ini. Terima kasih..
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ini..sememangnya bermanfaat..
ReplyDeleteAssalaamualaikum mSelim. Ilmu yang bermanfaat. Lebih afdal jika diamalkan..:)
ReplyDeletesaya suka kepada hikmah mudah untuk khusyuk
ReplyDeleteEntri terbaru saya dalam blog Hero Borneo
Perkongsian terbaik untuk kita semua ..Salam ramadhan MS
ReplyDeleteterima kasih untuk perkongsaian ni :)
ReplyDeleteSubhanallah ..Allahumma Amin ..
ReplyDeletein shaa Allah ..
Suratul Israa' banyak perihal mengenai peperangan dan juga cara mengatasi musuh dengan bantuan Allah ..
Ucap Salam Aidilfitri , mohon salah silap dimaafi,
ReplyDeleteTerkadang kita bicara dan menitip kata, Yang terkadang mengguris rasa, Walau menyepi seketika, Ingatan itu tetap ada. Terima kasih terus menyokong KA , Selamat hari raya, maaf zahir & batin dari KA sekeluarga
Apa beza tahajud dengan Qiammulai ?
ReplyDeleteAssalammualaikum... wanyob,
ReplyDeletePerbezaan tahajjud dengan qiammulai..
Jawapan ;
Erti Qiyamul-Lail ialah menghidupkan malam dengan ibadah-ibadah. Namun, yg dimaksud Qiyamul-Lail di sini adalah suatu penamaan untuk semua sholat sunnah yang dikerjakan di waktu malam setelah sholat ‘isya hingga tiba waktu sholat Subuh.
Manakala tahajjud pula ialah Sholat Tahajjud adalah sholat yg dilaksanakan oleh seseorang di malam hari setelah tidur. Akan tetapi, sholat Tahajjud BOLEH juga dikerjakan atau dilakukan sebelum tidur jika ia merasa bimbang tak boleh bangun di tengah malam kecuali setelah tiba waktu sholat Subuh.
mselim3
pls: harap2 menjawab pertanyaan nie....
salam Mselim
ReplyDeletebagus panduan ini
Solat Tahajud adalah rahsia kejayaan hidup di dunia dan akhirat
ReplyDeleteterima kasih krn berkongsi
ReplyDelete