Lubabah Binti Haris Wanita Kedua Memeluk Islam

wanitasolehah


Jika kita baca buku-buku para sahabat Rasullulah saw, kita akan menemui dua nama yang sama, iaitu Lubabah binti Haris. Ternyata, kedua-duanya adalah saudara kandung kakak dan adik. Lubabah besar adalah ibu kepada kepada "Si Tinta Umat", Abdullah bin Abbas. Manakala Lubabah kecil ialah ibu kepada "Si Pedang Allah Khalid bin Walid, Lubabah kecil diberi gelaran al-Ishma".


Beberapa ulama berselisih berpendapat, Adakah Lubabah kecil termasuk dalam kategori sahabat atau tabiin sebagaimana yang dinyatakan oleh Abu Umar dalam al-isti'ab. Namun, Ibnu Katsir memasukkan nama 'Lubabah kecil' dalam senarai sahabat. 

Manakala Lubabah Besar diberikan gelaran Ummu Fadhl. Dia ialah isteri kepada Fadh,Abdullah dan beberapa anak lelakinya yang lain. 

Antara keutamaan wanita pada zaman Lubabah adalah sangat besar. dia termasuk dalam golongan orang yang pertama memeluk islam. Lubabah besar memeluk islam selepas Khadijah binti Khuwailid memeluk islam. 

Dalam hal ini, Abdullah bin Abbas pernah berkata:"Aku dan ibuku termasuk orang Muslim pertama yang ditindas dalam kalangan wanita dan kanak-kanak" 
(Hadis Riwayat al-Bukhari
wanitasolehahhiasandunia


Lubabah besar seorang wanita Muslimah yang cukup disegani dalam kalangan kaumnya. Antara keutamaan Ummu Fadhl (Lubabah Besar) ialah wanita yang dikurniakan saudara ipar dalam kalangan yang mulia. Saudara perempuan yang bernama Maimunah ialah isteri Rasullulah saw. 


Kemudian Abbas menikahi adiknya yang bernama Lubabah. Adiknya yang lain bernama Salma' diperisterikan oleh Hamzah. Manakala adiknya yang lain bernama Asma' diperisterikan oleh Jaffar bin Abu Talib. Setelah Jaffar meninggal dunia, Abu Bakar menikahi asma' . Sepeninggalan Abu Bakar , Ali datang menggantikan Abu Bakar menikahi Asma'. 

Dalam al-Isti'ab , Abu Umar menyatakan bahawa Lubabah besar termasuk wanita yang subur kerana penikahannya dengan Abbas dia dikurniakan enam anak lelaki yang cerdas. Atas kewibaannya dalam kalangan Arab, Rasullulah saw kerap mengunjunginya . 

Dalam periwayatan hadis, Lubabah besar meriwayatkan beberapa hadis daripada Rasullulah saw. Jumlah hadis yang diriwayatkan sebanyak 30 hadis. Tiga antaranya diriwayatkan dalam kitab Shahihain (al-Bukhari dan Muslim), Sebuah hadis termasuk mutafaq'alaih (disepakati oleh bukhari dan muslim) ,sebuah hadis lain hanya diriwayatkan oleh Bukhari, manakala sebuah hadis lagi diriwayatkan Muslim. Anaknya Abdullah bin Abbas juga meriwayatkan hadis daripada ibunya. 

Dalam sahih Bukhari disebutkan tentang para sahabat bertanya kepada Rasullulah saw tentang puasa pada hari Arafah? Kemudian Ummu Fadhl diutuskan datang bertemu baginda dengan membawa secawan susu. Rasullulah saw pun meminumnya di tempat wukuf. Maka para sahabat tahu baginda tidak berpuasa. 

Begitulah mengenai Lubabah besar , ibu Abdullulah sejak awal berharap anaknya menjadi orang yang mencatat sejarah. Suatu hari, sambil menimang anaknya (Abdullah) Lubabah berkata:"Aku telah korbankan tenaga dan keperawananku (demi anakku). Anakku ini akan menjadi pemimpin samada bagi orang baik atau sebaliknya." 

Ternyata apa yang diharapkan Lubabah tercapai kerana salah seorang anak lelakinya bernama Abdullah menjadi pemimpin kaumnya dengan ilmunya, sehingga dia mendapat gelaran "Bahrul Ummah" iaitu Tinta Umat. Begitulah kelembutan seorang ibu kepada anak lelakinya. 


Lubabah meninggal dunia sebelum suaminya Abbas bin Abi Talib meninggal dunia pada zaman pemerintahan Usman bin Affan. 

"Jumlah hadis yang diriwayatkan sebanyak 30 hadis. Tiga antaranya diriwayatkan dalam kitab Sohihain (al-Bukhari dan Muslim) 

33 Comments

  1. aslmualaikum mselim, seronok baca entri ni, thanks tau up entri ni...

    ReplyDelete
  2. subhanaAllah , pertama kali acik baca kisah ini... terima kasih kongsikan

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer

    ReplyDelete
  4. lubahah...baru tahu nama ni. menambah pengetahuan sejarah islam. thanks sharing mselim
    menabung nuffnang sini - libresse

    ReplyDelete
  5. hebat dia kerana mendidik anaknya menjadi pemimpin ...

    ReplyDelete
  6. wow..entry yg hbat..tq sharing bro..

    ReplyDelete
  7. 1st time dengar nama ni. perkongsian yg baik.. dapat tambah ilmu.. :)

    ReplyDelete
  8. good entry mselim..pertama kali baca kisah ni..

    ReplyDelete
  9. ooo pertama kali baru dengar :)
    terima kasih

    ReplyDelete
  10. baru pernah dengar pasal ni tq selim..P/s Anak2 dah sihat?

    ReplyDelete
  11. Assalam MSelim3;
    Saya pernah mengetahui cerita ni.. tp agak lama dahulu. T kasih kerana mengingatkan kembali. Sesungguhnya ia sesuatu yg kita semua perlu ketahui semua...

    ReplyDelete
  12. terima kasih atas perkongsian ini baru...dapat juga puteri menambah ilmu di sini :)

    ReplyDelete
  13. Assalam,
    Sesungguhnya beliau wanita yang hebat!
    Terima kasih mselim.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum mselim.. rindu nak baca kisah2 para nabi dan sahabatnya. thanks kongsi di blog. sekaligus boleh refresh minda ni. singgah menabung libresse sini~~~

    ReplyDelete
  15. salam baru follow blog mselim3 blog yang banyak info, ilmu dan entry yang menarik dalam sejarah islam, ..sudi2 singgah di blog saya.. tq

    ReplyDelete
  16. Hai. saya dah follow sini. #1072. :)

    ReplyDelete
  17. terima kasih atas perkongsian ni.. zizie pun baru tahu :)

    ReplyDelete
  18. seronok la baca cerita kat blog mselim nie.. banyak cerita2 zaman rasullullah yg Fiza tak pernah Fiza dengar tetapi boleh dibaca kat sini.. >_<
    menabung libreese buat mselim..

    ReplyDelete
  19. ibu yang hebat mampu melahirkan anak yang hebat

    ReplyDelete
  20. terima kasih di atas perkongsian ini.. memang hebat beliau..

    ReplyDelete
  21. tambah pengetahuan snad tentang sejarah islam..

    ReplyDelete
  22. Assalamu'alaikum mselim,
    pendekar datang berkunjung... (^_^)
    perkongsian yang bermanfaat...
    alhamdulillah dapat ilmu baru di sini...
    terima kasih...

    teruskan berkongsi ilmu ya... (^_^)

    ReplyDelete
  23. tak baca, memang tak tahu... selamat pagi mselim.... :)

    ReplyDelete
  24. singgah hari isnin...moga mselim ceria selalu

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah tambah pengetahuan kat blog en selim..

    ReplyDelete
  26. nice sharing..perkongsian yang baik :>

    ReplyDelete

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3