Rufaidah al-Ansoriyah Adalah Perawat Pejuang Islam

rufaidah

Rufaidah al-Ansoriyah Adalah Perawat Pejuang Islam. Dia adalah seorang wanita yang berasal daripada kabilah Aslam yang setia mengubati mereka yang tercedera . Dia mendirikan sebuah khemah berdekatan masjid Nabawi sebagai tempat dia merawat pejuang yang tercedera. 

Ibnu Ishak mengatakan dalam sirahnya , ketika Saad bin Muaz luka akibat Perang Khandak, Rasullulah saw bersabda :"Bawalah dia ke khemah Rufaidah dan aku akan melawatnya nanti." 

Dalam Kitab Al-Adab al-Mufrad , Imam Bukhari meriwayatkan daripada Abu Naim , dia berkata:

"Ketika pelipis mata Saad terluka semasa Perang Khandak, Rasullulah saw berkata :"Bawalah dia kepada Rufaidah (perawat bagi mereka yang luka)." Rasullulah saw melawat Saad setiap pagi dan petang di khemah Rufaidah." 

Ketika kita berbincara tentang rawatan perubatan secara percuma, nama Rufaidah selalu dikenang sepanjang sejarah kerana dia selalu menolong orang sakit tanpa meminta balasan wang ringgit. 
kisahrufaidah


"Ketika kita berbincara tentang rawatan perubatan secara percuma, nama Rufaidah selalu dikenang sepanjang sejarah kerana dia selalu menolong orang sakit tanpa meminta balasan wang ringgit. "

13 Comments

  1. kisah ini rasa xpernah belajar time sekolah dulu wah baru tau

    ReplyDelete
  2. Besarnya jasa Rufaidah kepada pejuang2 Islam...

    ReplyDelete
  3. RUFAIDAH..bagus sungguh teladannya, jika ada pun sekarang ..tak ramai yang mahu berbakti dengan percuma ; jika ada pun hanya mengejar nama dan pangkat sahaja...wallhu'alam.. itu yg sy nampak, tp mudah-mudahan sangkaan sy ini melest.

    ReplyDelete
  4. Assalam MSelim3;
    Susah nak mencari org2 yg spt beliau pada zaman skrng ini. Hanya Allah jua yg membalas jasanya dgn sepenuh keberkatan... aamiin..

    ReplyDelete
  5. besar jasamu seindah namamu,, subhanallah..

    ReplyDelete
  6. NGO di kem - kem bencana juga sudah boleh disifatkan seperti Rufaidah . Jika diberi peluang ... rugilah menolaknya .

    ReplyDelete
  7. Besarnya jasa beliau..xbermakna x memegang senjata xboleh membantu kan?

    ReplyDelete
  8. Sistem kesihatan mengikut anjuran Islam adalah berkonsepkan tolong-menolong antara satu sama lain di dalam masyarakat. Namun, sistem kesihatan hari ini dibelenggu oleh sistem pasaran bebas yang mengutamakan keuntungan berbanding kebajikan ummah.

    ReplyDelete
  9. subhannallah bsar pngorbanan..membatu merawat yg sakit..first time saya dgr kisah ni bro muslim.. tq sharing ya..

    ReplyDelete

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3