Kisah Durrah Binti Abu Lahab

durrahbintiabulahab


Tidak banyak kisah yang diketahui tentang dirinya sebelum memeluk islam. Setelah memeluk islam dan berhijrah, Durrah termasuk dalam golongan sahabat wanita yang begitu mulia akhlaknya. Berbicara tentang Durrah binti Abul Lahab , Imam az-Zahabi mengatakan terdapat satu hadis berkenaan dengannya al-Haris bin Naufal. 


Ia adalah hadis yang sama yang disebut oleh Ibnu Hajar dalam Isobah bahawa Durrah binti Abu Lahab ketika di Madinah semasa hijrah tiba di kampung Rafi bin al-Ma'la kemudian para wanita daripada Bani Zuraiq berkata kepadanya, Celakalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan celaka .

" Justeru , buat apa lagi kamu berhijrah?"


Mendengar kata-kata itu,Durrah binti Abu Lahab menemui Rasullulah saw dan menceritakan apa yang dialaminya. 

Kemudian Rasullulah saw berkata:"Duduklah!" 

Tidak lama kemudian baginda solat Zuhur dan duduk di atas mimbar dan berkata:"Wahai manusia sekalian, mengapa aku dicela dalam keluargaku? Demi Alah sesungguhnya syafaatku (pengampunan) akan diterima oleh keluargaku sehingga orang yang keras, lemah bahkan besar akan mendapatkannya pada hari kiamat." 

Ad-Daruquthni meriwayatkan dalam kitabnya , bab Ukhwuah dan Ibnu Uday dalam al-Kamil dan Ibnu Mundih daripada Durrah binti Abu Lahab bahawa Rasullulah saw bersabda:"Seseorang yang hidup itu tidak menanggung derita lantaran keburukan yang dilakukan oleh orang yang sudah mati." 

Melalui riwayat di atas, kita hendaklah selalu menghormati orang yang sudah meninggal dunia meskipun orang tersebut sangat memusuhi kita. 


Sumber 100 wanita disisi rasullulah diolah semula oleh mselim3.

13 Comments

  1. assalamualaikum kisah ini sangat mengisafkan ..terima kasih mselim

    ReplyDelete
  2. sangat bermanfaat perkongsian ini mselim.. :D

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah ilmu yang dikongsi..salam sabtu MS...

    ReplyDelete
  4. betulkan mselim..even jahat mana org yg dah meninggal tu..usahlah dikenang..sedekahkan al fatihah buatnya..

    ReplyDelete
  5. Assalam MSelim3;

    Saya pernah terbaca kisah ini tp dah lama & terlupa pula sehingga saya membaca entri ini.. T kasih diatas perkongsian & mengingatkan.. Semoga sentiasa beroleh keberkatan Allah swt.. aamiin..

    ReplyDelete
  6. kita dituntut untuk mengasihi semua orang wpun mrk tak suka kita
    kerana kita tidak layak membenci hamba Allah !

    ReplyDelete
  7. kisah yang bermanfaat moga menjadi pengajaran untuk kita

    ReplyDelete
  8. subhanallah... satu perkongsian yang menarik,... terima kasih juga kerana mengingatkan..

    ReplyDelete
  9. dalam dunia islam hari ini pula, kalau emak atau ayah yang buat salah, anak-anak kecil yang tidak bersalah pun turut dinista dan dicaci. Lupa sudah mereka pesanan Rasulullah

    ReplyDelete
  10. Subhanallah satu perkongsioan yang menarik...banyak manfaatnya..terima kasih..

    ReplyDelete
  11. terima kasih ats pkongsian bro..sngat memberi inspirasi..

    ReplyDelete
  12. boleh dijadikan pengajaran...thanks for sharing.. :)

    ReplyDelete

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3