Siapa yang berbicara tentang sejarah Rasullulah saw pasti akan menemui nama Halimah as-Saadiah yang terkenal dengan keperibadian mulia dan kelembutan hatinya. Takdir Allah swt telah menentukan Halimah as-Saadiah menjadi ibu susuan Rasullulah saw yang datang bersama para wanita Bani Saad. Pada masa itu, tiada ada bayi yang disusui kecuali hanya cucu Abdul Mutalib yang yatim itu.
Halimah as-Saadiah berasal daripada keturunan Bani Asad bin Bakar Hawazin sampai pada garis keturunan Qais 'Ailan. Oleh kerana, kemuliaan akhlak serta kelembutannya, Halimah as-Saadiah dipilih oleh Abdul Mutalib untuk menyusukan kedua-dua cucunya iaitu Muhammad bin Abdullah dan Abu Sufyan bin Haris.
Selama 4 tahun, Rasullulah saw diasu dan dididik oleh Halimah as-Saadiah dengan akhlak bangsa Arab yang berperibadi mulia, kebenaran dan kejujuran. Selain itu, ketika dibesarkan dalam kawasan pergunungan, tempat tinggal Halimah as-Saadiah Rasullulah saw dapat belajar bahasa Arab dengan fasih ini berbeza dengan bahasa Arab kota yang kadang kalah tidak fasih dan kasar.
Rasullulah saw juga dapat menikmati udara pergunungan yang nyaman sehinggakan tumbuhbesaran badan Rasullulah saw adalah benar-benar sempurna. Ini antara hikmah mengapa Rasullulah saw disusukan oleh Halimah as-Saadiah yang tinggal jauh dari kota Mekah.
Ketika Rasullulah berumur 5 tahun 1 bulan, Halimah as-Saadiah mengembalikan Rasullulah saw kepada keluarganya setelah dapat merasakan kurniaan Allah ketika mengasuh Rasullulah saw.
Cinta Rasullulah saw kepada Halimah begitu mendalam sehingga suatu hari seorang wanita datang memberitahu tentang kematian Halimah as-Saadiah. Baginda terus menangis setelah itu, wanita tersebut berkata :"Sesungguhnya saudara-saudara sesusuan memerlukanmu."
Baginda pergi menemui mereka , Baginda dan saudara-saudaranya merasakan belaian kasih sayang seorang ibu, yang lemah lembut. Kasih sayang Halimah as-Saadiah tentunya meninggalkan kesan yang mendalam pada diri Baginda. Maka tidak hairanlah apabila mendengar berita kematian ibu susu Baginda ini , mengalir air mata Baginda Rasullulah saw.
Antara bentuk pergorbanan Rasullulah saw terhadap Halimah as-Saadiah adalah seperti disebutkan dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud,Abu Ya'la, dan daripada Imarah bin Tsauban , daripada Abu ath bahwa ketika Rasullulah saw sedang membahagikan daging di al-Ja'ranah, seorang wanita daripada suku Badwiah datang. Ketika wanita itu datang mendekati Rasullulah saw, Rasullulah membuka serbannya dan mempersilakan wanita itu duduk di atas serbannya.
Abu ath-Thufail bertanya :"Siapakah dia?"
Para sahabat yang lain menjawab ,"Dialah wanita yang menyusukan Rasullulah saw."Orang yang dimaksudkan itu ialah Halimah as-Saadiah.
Cerita daripada sumber asal 100 tokoh wanita di sisi Rasullulah diolah semula mselim3
Assalam MSelim3.. perkongsian yg baik & bermanfaat.. mmg kita semua patut mengenali beliau dgn lebih mendalam... harap2 kita semua tidak melupakannya begitu shj walaupun dah tahu... slmt berhujung minggu
ReplyDeleteAlhamdulillah...mmbaca smbil mngambil pngajaran.. In Shaa Allah...
ReplyDeletesangat besar darjat ibu susuan Halimah as-Saadiah di sisi baginda SAW
ReplyDeleteBila baca sirah Nabi ni...terasa rindu dan terharu sangat..
ReplyDeleteperkongsiaan yang bermanfaat.. ^_^ suka membacanya
ReplyDeleteassalammualaikum mselim,terima kasih kongsi kisah yg bermanfaat ni..salam maulidurrasul ya.. :)
ReplyDeletebaginda telah didik sejak kecil untuk menjadi insan yang mulia .
ReplyDeletetq share maklumat ni.
ReplyDeleteentri yang bagus sekali
ReplyDeletememang hebat dan tiada ganti...
ReplyDeleteAssalamualaikum.. subhanallah, inilah tunggak belakang mengapa Rasulullah membesar dgn sihat (atas izin Allah..) nice info Mselim ..:)
ReplyDeletesaya suka sangat dengan kisah Halimatus Saadiah ni...
ReplyDeleteperkongsiann yg sgt bermanfaat :) terima kasih atas ilmu ini.
ReplyDeleteRasullullah SAW...tidak pernah melihat bapanya. Disusui pula bukan oleh ibunya... Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammmad SAW. Salam Maulidur Rasul.
ReplyDeleteperkongsian yang memberi pengajaran..terima kasih berkongsi :)
ReplyDeleteAssalamualaikum Selim thanks sebab share kisah ni salam maulidur rasul 1435 H untuk semua :)
ReplyDeletesusah nak jumpa org macam ni zaman sekarang nie
ReplyDeleteta berkongsi cerita yer n maaflah lama x menjgk, leps baik sakit mood berblog turut jatuh merundum lah ! !
ReplyDeleteperkongsian yang baik..
ReplyDeleteCerita yg patut diinati.
ReplyDeleteSalam Maulidur Rasul, mselim3. Selawat dan salam buat Rasulullah S.A.W :]
Assalamualaikum mselim..Alhamdulillah atas peekongsian yg baik...boleh dijadi rujukan utk diceritakan kpd anak anak nanti
ReplyDeleteteringat lagu nasyid "halimatus sa'diah" nyanyian inteam.. sedap..
ReplyDelete