Apabila bergerak tentera Saidina Ali ke peperangan dengan Muawiyah di Siffin, terjatuh baju perisainya. Apabila beliau pulang dari peperangan tersebut ke Kufah, didapati bahawa baju besi tersebut berada di tangan seorang Yahudi yang menjual baju besi tersebut di Kufah.
Maka berkata Saidina Ali kepada Yahudi tersebut:"Wahai orang Yahudi. ini baju perisai saya, tidak pernah saya menjualkan atau menghadiahkannya."
Berkata Yahudi itu:"Ini baju perisaiku dan ia berada di tanganku."
Berkata Saidina Ali :"Kita bawa perkara ini kepada hakim."
Maka perkara ini dibawa kepada hakim Syuraih, maka duduklah Saidina Ali sebelah hakim dan duduklah orang Yahudi tersebut di depan hakim tersebut.
Berkata Syuraih:"Katakanlah Wahai Amirul Mukminin."
Berkata Saidina Ali :"Ya , Puteraku Hasan dan Husin tahu betul bahawa baju besi yang ada di tangan Yahudi ini adalah baju besiku dan tidak pernah aku menjual atau menghadiahkannya kepada sesiapa."
Syuraih : "Kesaksian anak tidak diterima pakai bagi bapanya."
Saidina Ali :"Lelaki daripada ahli syurga tidak boleh dijadikan saksi? Aku pernah mendengar Nabi bersabda:"bahawa Hasan dan Husin adalah ketua kepada para pemuda Syurga."
Berkata si Yahudi itu lagi :"Amirul Mukminin telah membawa saya berjumpa dengan hakim, dan hakim tersebut memutuskannya.Maka sesungguhnya ini adalah kebenaran. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhamad adalah pesuruh Allah. Dan Sesungguhnya baju besi ini memang baju besimu Saidina Ali. Pada ketika itu, saya sedang menaiki unta dan kamu sedang menuju ke siffin, maka baju besi terjatuh maka saya ambil baju besi tersebut."
Berkata Yahudi itu lagi:"Saya katakan lagi ianya milik kamu."
(Dipetik daripada m/s 226 sirah Amirul Mukminin, Dr.Ali As-Solabi)
Namun, dari kisah di atas, amat jelas bahawa mengikut sistem pemerintahan islam, hakim bebas daripada pengaruh eksekutif. Dalam kisah yang dikemukakan, Saidina Ali yang merupakan Khalifah pada masa itu, berdepan dengan Syuraih (hakim Kuffah masa itu) dan terpaksa mengemukakan bukti untuk memenangkan tuntutan beliau. Walaupun Saidina Ali , merupakan seorang Khalifah namun hakim Syuraih tetap mengikut peraturan dan perundangan serta tidak sekalui-kali menuruti sahaja perintah Saidina Ali. Serta Saidina Ali yang merupakan khalifah pada masa itu tidak sekali-kali menggunakan pengaruhnya untuk memenangi tuntutan baju besi itu walaupun hakikatnya Saidina Ali boleh melakukannya.
begitu menginsafkan kisah ni...
ReplyDeletecerita yang menyentuh hati...
ReplyDeletederma klik di sini...
Moralnya... walaupun kita berpangkat... tetapi kita tidak boleh menyalahgunakan pangkat yang ada pada kita walaupun untuk tujuan yang baik...
ReplyDeletelisah sangat menyentuh jiwa ini ..best entri seperti ini
ReplyDeletekisah yg blh kita jdkan pedoman
ReplyDeleteikut prosedur, tidak menggunakan pangkat sesuka hati..kan mselim
isi tabung nuffnang sini-inti
Assalam MSelim3;
ReplyDeleteSubhanallah.. sungguh menyentuh hati & jiwa.. T kasih diatas perkongsian. Mudah2an bersama semua beroleh keberkatan.. aamiin.
Hakim yang adil dan tiada penyalah gunaan kuasa. Itulah perundangan yg sebenar2nya...mengikut hukum Allah pasti keputusannya saksama.
ReplyDeletemakanya hakim itu perlu berlaku adil tanpa mengambil kira status serta kepopularan .
ReplyDeleteterima kasih bro muslim..
ReplyDeletesungguh menyentuh hati :)
best....
sangat berpengajaran kisah ni mselim....
ReplyDeletewalau bagaimana besar pangkat kita, bagaimana tinggi sekalipun kuasa kita dalam sesuatu institusi itu, jangan sekali2 kita salah gunakan kuasa kita.... :)
kat atat tu yang real baju besi Saidina Ali ker?? kalau betul, subhanallah..untungnya sy dapat melihatnya skrg.. kisah yg mberi pengajaran khusus utk para pemimpin diluar sana..nice sharing bro :)
ReplyDeletejawabnya sesiapa pun tak kebal daripada undang2..bukan seperti zaman sekarang
ReplyDeletecuba bandingkan dengan sistem kehakiman zaman sekarang.. hmmmm...
ReplyDeleteSalam mselim3. Adakah lagi sistem sebegitu di zaman sekarang? Pencuri syampo di jel sebulan. Orang kaya curi berjuta boleh dilepas dari hukuman.
ReplyDeletePatut menjadi contoh kepada kita di zaman sekarang.. kannn..
ReplyDeletemenarik sekali ceritanya ni
ReplyDeletebetul tu.. hakim mesti bebas dari pengaruh2 luar. Baru boleh bagi keputusan yg seadil-adilnya.
ReplyDeleteThanks for info n thanks sbb tlg pasal alexa tu huhu
ReplyDeleteKalau menteri kat Malaysia ikut akhlak macam ni, mau aman hidup rakyat.
ReplyDeleteada lagi keadilan dan kebaikan di zaman ini....?
ReplyDeletemelawat muslim..
ReplyDeleteklik2 :) inti
pemerintahan dulu dan sekarang sgt jauh bezanya..
ReplyDeleteika menabung lagi untuk mselim :)
ReplyDeletelama tak singgah, menabung banyak sikit kali ni~~
subhanallah.. menarik kisah ini untuk kita renungi..
ReplyDeletepengalaman yg menarik gan
ReplyDeleteInformasi Komputer Internet
Subahanallah hebatnya orang dulu...mereka mempercayai apa yang Nabi sampaikan...
ReplyDelete