Hukum Menghisap Shisha?

hukum-hisap-shisha

Pernah tidak kekawan menghisap shisha yang dihidangkan di kedai-kedai mamak maupun kedai-kedi makan biasa. Shisha pernah menjadi trend suatu masa dahulu. Mempunyai pengaruh yang tersendiri shisha ini, kerana dikenali sebagai pemanis mulut kepada tetamu yang datang berkunjung ke rumah.

Apa itu Shisha?

Shisaha merujuk kepada rasa tembakau yang digunakan dalam proses merokok dengan menggunakan hookah juga dikenali dengan nama "gelembung hubble" dan "narghile". Shisha adalah panggilan dalam bahasa Arab. 


Kalau di India dipanggil hookah, maksudnya 'waterpipe'. Tembakau ditempatkan dibahagian di dalam mangkuk yang diletakkan dibahagian atas bahagian paip.

Sebuah aluminium foil merangkumi mangkuk dan potongan arang kecil. Kemudian ditempatkan di foil yang ditusuk dengan menggunakan pin dengan lembut panas tembakau. Kemudian disedut dengan menggunakan paip. Kemudian udara daripada atas akan melalui tembakau dan terus masuk ke dalam air dan asap akan dialirkan ke paip untuk disedut. Perisa terdiri daripada perisa vanilla,rose dan coklat serta pelbagai perisa yang lain bergantung kepada pemintaan pelanggan dan stok yang ada.  

Hukum Hisap Shisha.

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 17 Julai 2013 telah membincangkan Hukum Shisha Menurut Pandangan Syarak. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
  1. Setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan meneliti maklumat serta bukti-bukti perubatan dan saintifik terperinci yang dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan dan kemudharatan besar yang dihadapi akibat daripada shisha terhadap kesihatan ummah, pembangunan ekonomi negara serta pembentukan generasi pada masa akan datang, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa shisha adalah haram. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan shisha.
     
  2. Muzakarah menegaskan bahawa pengharaman Shisha ini adalah berdasarkan nas-nas syarak daripada al-Quran dan Hadith serta Kaedah Fiqhiyyah bagi memastikan lima perkara asas bagi manusia yang terkandung dalam Maqasid Syari’yyah iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat dipelihara sepertimana tuntutan syarak, kerana Shisha jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara buruk atau keji, berdasarkan nas-nas berikut:
    1. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 :
      Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
       
    2. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157;
      “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
       
    3. Sabda Rasulullah s.a.w :
      Tidak boleh mudharatkan (diri sendiri) dan memberi kemudharatan (kepada orang lain)”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
       
    4. Kaedah Usul Fiqh:

سد الذريعة - iaitu “Menutup pintu kerosakkan” 

درء المفاسد مقدم على جلب المصالح – iaitu “menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”.
Kredit : Jakim 

16 Comments

  1. assalammualaikum mselim3,
    sekarang dh tau apa hukum menghisap shisha ni..seblm ni tertnya2 jgak sbb semakin byk kedai2 yg menyediakan shisha utk pelanggan

    ReplyDelete
  2. Naazubillahi minzalik.. sama-sama kita jauhinya... yang jelas halalnya masih banyak..

    ReplyDelete
  3. nice info mselim,xtau plak shisha rupenye xblh..die same je cm rokok..but this one non filter..kalau rokok sekurg kurangnya still ada filter..sepatutnye malaysia jgn bawak masok shisha ni

    ReplyDelete
  4. harap mereka yang masih hisap rokok baca la artikel nie kan.. ternyata barang yang memburukkan kesihatan dikategorikan sebagai haram.. tiada lagi dakwa dakwi lagi..

    ReplyDelete
  5. Shisha dan sebarang aktiviti mengeluarkan asap ni memang saya tak pernah sentuh. Kalau sentuh, memang berat jadinya penyakit asma saya ni.

    ReplyDelete
  6. Info yang menarik. Tapi fiza tak pernah lagi tengok secara live bentuk shisha mahupun yg menghisapnya. Jakun kan :)

    ReplyDelete
  7. acik tak pernah lagi merokok dan shisha..

    walaupun telah tahu haram ..tetapi ramai yang masih mengabaikan n still hisap lagi..Masya ALLAH

    ReplyDelete
  8. terima kasih berkongsi bro muslim..
    walaupun ramai tahu shisha,,,rokok... rokok eletronik itu haram.. tapi masih ramai yang mempertikaikan..
    baca entry ni dijadikan pringatan utk dri sendiri..

    ReplyDelete
  9. terima kasih di atas informasi ini bro. baru2 ni memang kata diharamkan tapi masih ramai je yang jual shisha merata.

    ReplyDelete
  10. Dalam khutbah Jumaat pun telah diterangkan hukum menghisap shisha...Semoga ianya terang dan jelas, tiada lagi kekeliruan.

    ReplyDelete
  11. Assalam MSelim3.. bagus info ni. Mudah2an kita semua dijauhi dari benda ni.. aamiin..

    ReplyDelete
  12. salam

    mungkin ramai yang menghisap shiha ini menganggap hukumnya makruh..tapi bagi golongan sufi sekuat hati menjauhi perkara makruh kerana Allah SWT tidak suka

    ReplyDelete
  13. tak suka tengok orang hisap benda tu..lagi bagus kalau tak diwujudkan shisha dan rokok..hehe

    ReplyDelete
  14. banyak sebenarnya yang halal, tapi orang suka cari yang haram hmmm
    ika tak suka lelaki merokok dan hisap shisha ni..
    asap bau busuk, penghisap tu juga berbau busuk...

    ReplyDelete
  15. benda yang kurang baik dan tak menguntungkan, seeloknya dijauhi

    ReplyDelete
  16. jangan la kita membinasakan diri kita dengan benda haram. shisha dan rokok ni membazir duit sahaja dan bahayakan kesihatan.

    ReplyDelete

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3