Kehebatan Doa Saad bin Abi Waqqas

kehebatandoa


Imam Bukhari dan Muslim serta Baihaqi meriwayatkan dari Abdul Malik bin Umair bahawa Jabir ra berkata: Ada sesetengah orang di Kufah mengadu kepada Umar tentang perbuatan Saad bin Abi Waqqas semasa menjadi wakil Khalifah di Kifah,Iraq. 



Umar mengirim utusannya ke kufah untuk menyiasat kebenaran pengaduan itu. Utusan itu pun menjalankan tugasnya di merata Kufah dan menerima jawapan orang ramai bahawa Saad telah menjalankan tugasnya dengan baik dan memuaskan. 

Utusan itu kemudian bertemu dengan seorang lelaki yang berkata:"Aku bersumpah bahawa Saad tidak berlaku adil dalam urusannya kepada orang ramai, dan dia enggan keluar untuk berjihad." 

Bila tuduhan orang itu di sampaikan kepada Saad beliau berdoa:"Ya Allah, jika orang itu benar matikan dia dengan segera, dan jika dia berdusta panjangkan umurnya dalam kekafiran dan fitnah." 

Kata Ibnu Umair: "Aku lihat orang itu hidup sampai lanjut umurnya, hidupnya melarat, akhlaknya terlalu buruk, dia dikutuk orang ramai kerana suka menganggi wanita dijalanan. 

Bila orang bertanya kenapa dia berkelakuan demikian, dia menjawab:"Aku ditimpa doa Saad." 

Thabrani,Ibnu Asakir dan Abu Nu'aim meriwayatkan dari Abi Qubaisah yang berkata:"Ada seorang lelaki suka mengejek Saad bin Abi Waqqas. 

Bila ejekan orang itu didengar oleh Saad beliau berdoa:"Ya Allah aku memohon agar dihentikan gangguan lisan dan tangan orang ini terhadapku menurut pertimbanganmu." 

Orang itu, kemudian ikut serta dalam peperangan Qadisiyah di Parsi dan mendapat cedera parah di tangan dan lidahnya. Sejak kejadian itu hingga dia mati dia tidak dapat bercakap apa-apa. 

Diriwayatkan dari Abdul Rahman bin Auf bahawa ada seorang wanita yang cuba mengoda dan mengganggu Saad. Walaupun telah diberikan amaran beberapa kali tetapi dia tetap mengganggu Saad, akhirnya Saad berdoa:"Ya Allah palingkan muka wanita itu." 

Tidak lama selepas itu, muka wanita itu terpusing ke belakang dan tidak tidak dapat berpaling ke depan lagi. 

Al-Hakim meriwayatkan bahawa Musab bin Saad berkata:"Pernah Saad mendoakan orang yang sangat menyakitinya hingga orang itu terbunuh oleh seekor unta. Sejak itu, Saad tidak mahu mendoakan apa-apa lagi kepada sesiapa. 

Al Hakim juga meriwayatkan dari Ibnu Musab bahawa Marwan bin Hakim pernah berkata kepada Saad:"Harta ini adalah harta kami dan kami berhak mendapatkannya kepada siapa yang kami suka.

Mendengar perkataan Marwan itu, Saad pun mengangkat tangannya sambil berkata kepada Marwan:"Mahukah kamu jika aku doakan untuk membuktikan kesalahan kata-katamu itu?
Marwan terburu-buru melarangkan sambil berkata:"Harta ini adalah harta Allah."

Imam Thabrani meriwayatkan dari Amir bin Saad bahawa pada suatu hari Saad mendengar seorang lelaki mencela Ali,Thalhah dan Zubir bin Awwan. Saad pun berkata kepadanya:"Demi Allah, kamu telah mencela orang-orang yang telah menyahut panggilan Allah. 

Jika kamu tidak berhenti mencela mereka aku akan doakan musibat ke atasmu." 

Orang itu menjawab:"Aku percaya kamu hanya hendak menakutkan aku seolah-olah engkau nabi." 

Saad pun mendoakan seksaan yang diterima oleh orang itu. Orang yang menyaksikan seksaan yang diterima oleh orang itu segera mengejar Saad dan menyampaikan khabar:"Hai Saad doamu telah dimakbulkan Allah." 

Daripada riwayat yang banyak tentang kelebihan doa Saad bin Abi Waqqas, jelaslah doa beliau sentiasa dikabulkan Allah."


Hal ini sudah tentulah kerana Allah telah kabulkan doa Rasullulah saw yang (kasihnya kepada saad) telah berdoa:"Ya Allah jika Saad memohon kepadaMu terimalah doanya.

~Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Al-hakim~




Dalam satu riwayat oleh Abu Nu'aim dari Ibnu Dafiliy, bahawa ketika Saad memimpin pasukan tentera islam untuk memerangi musuh di tanah Parsi, beliau melihat perahu-perahu yang biasanya banyak tersadai di tepi sungai Dajlah telah dirampas dan dilarikan musuh. 

Tentera islam terpaksa menunggu di tepi sungai itu selama beberapa hari. Hal ini menyedihkan hati Saad. Pada suatu malam beliau bermimpi melihat kuda tentera muslimin menyeberangi sungai Daljah. 

Kebenaran mimpi itu diuji oleh Saad lalu beliau menyuruh setiap orang dalam pasukannya membaca ; 

"Kami memohon pertolongan dari Allah. Kami berserah kepada Allah.Pelindung kami adalah Allah. Dia adalah sebaik-baik tempat menyerah diri. Tiada daya dan kekuatan selain dari Allah yang Maha Tinggi dan Agung."

Dengan zikir itu Saad memerintahkan tenteranya menyeberangi sungai Dajlah dengan menunggang kuda. Dengan izin Allah kuda tentera islam muslimin berjaya melawan arus deras sungai Dajlah dan terus menyerang kedudukan musuh yang tidak bersedia kerana tidak menduga sungai itu boleh diseberangi tanpa perahu. 

Abu Nu'aim meriwayatkan dari Hubaib bin Suhban bahawa tentera Parsi yang menyaksikan tentera muslim yang berkuda menyeberangi arus sungai itu seolah-olah melihat mereka berjalan di atas air. 

Lalu mereka melarikan diri kerana menyangka musuh yang datang menyerang itu bukan tentera manusia tetapi tentera jin yang menyerupai manusia. 

Sumber : 

Siapa Wali 
Mustaffa Suhaimi

14 Comments

  1. semoga keluar cerita-cerita seperti ini :0 acik sangat suka ..syukran .. kisah yang menarik

    ReplyDelete
  2. teringat dulu zaman sekolah..ustazah selalu bercerita tentang keagungan orang orang zaman rasulullah...masyallah...

    ReplyDelete
  3. Allahu Akbar!
    Semoga kisah sahabat ini menjadi panduan kepada kita semua

    ReplyDelete
  4. As salam tuan blog. Semoga ada ramai lagi Saad bin Abi Waqqas di kalangan umat Islam di zaman moden ini..amiin

    ReplyDelete
  5. itulah kekuatan doa.. senjata rahsia orang mukmin ..ditambah lagi yg berdoa tu org yang warak spt Saad..pastilah makbul. nice sharing =)

    ReplyDelete
  6. doa senjata kita sebagai seorg muslim
    kisah yg terkandung byk pengajaran kan

    ReplyDelete
  7. Bukti senjata umat Islam adalah dari doa, tiada yang mustahil jika diizinkan Allah...Maka, berdoalah.

    ReplyDelete
  8. Kisah yg sgt menarik.. sungguh bermanfaat utk dikongsikan buat pengetahuan semua.. T kasih Mselim.. :)

    ReplyDelete
  9. apa2 pertanyaan mselim blh contact yumida kat facebook
    url fb: https://www.facebook.com/yumida.huda
    yumida biasa online petang2 around 5 p.m

    ReplyDelete
  10. kekasih Allah mudah mendapat doa yang makbul

    ReplyDelete
  11. Doa senjata orang mukmin. Melalui kekuatan doa, usaha kita menjadi lebih tekun dan lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang mendatang.

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum...kekawan,

    kunjungan kekawan akan mselim3 balas dalam masa terdekat k...

    terima kasih

    ReplyDelete
  13. Satu lagi kisah yang menarik dan penuh ikhtibar

    ReplyDelete

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3