5 Sebab Kenapa Hati Menjadi Keras

kenapa-keras-hati


Pernahkan kita membaca dan mendengar tentang perihal hati ini. Tahukah kita apa itu hati sebenarnya. Kalau kita bercakap seseorang itu mempunyai akhlak yang baik kita menyebut dia itu baik hati. Tetapi bagaimana dengan seseorang yang buruk akhlaknya mestilah kekadang orang berkata dia itu busuk hati. Sehinggakan ada bait-bait lagu itu dicipta berkenaan dengan hati : 



Pandangan mata selalu menipu, 
Pandangan akal selalu tersalah, 
Pandangan nafsu selalu melulu, 
Pandangan hati itulah hakiki kalau hati itu bersih. 

Nabi Muhamad saw bersabda: 
"Ketahui sesungguhnya pada sesebuah jasad itu ada seketul daging maka jika baik ketulan daging tersebut maka baiklah keseluruhan jasad tadi dan jika rosak ketulan daging tersebut maka rosaklah jualah keseluruhan jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Sekarang mari kita lihat dan selidiki tentang hati. Hati adalah sumber kebahagian setiap insan yang ada di muka bumi ini. Daripada Abu Hurairah ra: "Hati adalah raja,sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baiklah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruklah pula tenteranya. 


Hati yang keras mempunyai tanda-tandanya yang boleh dikenali diantaranya : 



1- Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan. 

Terlalu malas untuk melakukan ibadah dan memandang ringan. Misalnya tidak serius melakukan solat,terasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat yang lain. Perkara ini ada Allah sebutkan dalam firman-Nya: 


surah-at-taubah-ayat-54

Maksudnya : Mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak pula menafkahkan harta mereka melainkan dengan rasa enggan. (surah taubat ayat 54)


2- Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran. 

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali tidak mahu khusyuk dan tawaduk dan lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkan al-Quran. Sedangkan Allah swt telah memberikan amaran dalam firman-Nya : 

surah-al-qaf-ayat-45

Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan (dari berbagai tuduhan terhadapmu wahai Muhammad), dan engkau bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka (supaya masing-masing beriman). Oleh itu, berilah peringatan dengan Al-Quran ini kepada orang yang takutkan janji azabKu.
(surah al-Qaf ayat 45)

3- Berlebih-lebihan dalam mencintai dunia dan melupakan akhirat. 

Segala tumpuan fikiran dan hatinya semata-mata hanya untuk dunia tanpa memikirkan bekalan untuk kehidupan semata-mata. Urusan sesama manusia hanya semata-mata untuk keuntungan atau mengumpulkan kekayaan dunia semata-mata yang mana menjadikan seseorang itu menjadi ego,dengki, dan individualistik, bakhil serta tamak terhadap kekayaan dunia yang hanya sementara ini. 


4- Kurang mengagungkan Allah berbanding mengagungkan makhluk. 

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati dalam mengejar rahmat Allah dan imannya. Sehingga hilang kemanisan iman , tidak marah ketika larangan Allah diperlecehkan serta tidak mengamalkan amal makruf serta tidak memperdulikan terhadap segala kemaksiatan dan dosa. 

5- Tidak belajar dengan Ayat Kauniah.
Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran seperti kematian,sakit,bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat seperti firman Allah : 


surah-at-taubah-ayat-126

Maksudnya :
Dan (patutkah) mereka (berdegil) tidak mahu memperhatikan, bahawa mereka dicuba (dengan berbagai-bagai bencana) pada tiap-tiap tahun, sekali atau dua kali; kemudian mereka tidak juga bertaubat, dan tidak pula mereka mahu beringat (dan insaf)?
(surah At-Taubah ayat 126)

Perihal hati ini ada juga disebutkan di dalam kisah Luqman al-Hakim . Marilah pula kita sama-sama baca kisah Luqman al-Hakim <klik Sini>


Sumber : SahabatMusleem

23 Comments

  1. Salam Jumaat sahabat,
    Takut jika hati ini menjadi keras... Semoga dijauhkan dan sentiasa mendapat petunjuk agar tidak keras hati.

    Selamat bercuti maselim3 :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah terima kasih peringatannya :)

    ReplyDelete
  3. huhu.. kena jaga 'raja' ni.. nice sharing..

    ReplyDelete
  4. moga hati kita sentiasa lembut. amin

    ReplyDelete
  5. Salam

    Terima kasih Tuan Mselim..peringatan untuk hati saya yang sering alfa.

    ReplyDelete
  6. Masih sedang mencuba melembutkan hati
    Kadang2 biasalahkan manusia
    Kejap ingat kejap tak ingat huhu


    p/s: btw yg awak tny tu bukan coconut shake, tp coconut ice-cream :)

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah nice sharing mselim
    dlm proses melembutkan hati jgk ni
    moga dipermudahkn segalanya

    ReplyDelete
  8. thanks mselim atas perkongsian nie

    ReplyDelete
  9. salam jumaat bro :) insyaAllah kalau mulut selalu basah dengan kalimah agungNYa, hati menjadi lembut..

    ReplyDelete
  10. ya allah adakah aku tergolong dalam golongan tersebut? jauhkanlah mama dari mempunyai hati sebegini, mama berusaha untuk mensucikan hati...

    peringatan yang baik...

    ReplyDelete
  11. jangan kita jadi keras hati...insyallah

    ReplyDelete
  12. selalu memujuk hati agar mendoakan kebaikan kpd org yg menyakiti ...

    ReplyDelete
  13. semoga kita dijauhkan daripada memperoleh hati seperti ini, diharapkan hati ika juga sentiasa dilentur dengan ayat alquran, perbanyakkan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah.

    Terima kasih atas perkongsian ni mselim3.
    bermanfaat untuk ika dan yang lain-lain

    ReplyDelete
  14. Salam, bagaimana merawat hati yang keras? takut juga tergolong dalam manusia yang berhati keras ni.

    ReplyDelete
  15. Trima kasih buat artikelnya, Saya telah menambahkan link Anda ini di web saya pada barisan link sahabat... silahkan Anda Check http://mtsahliyah1.blogspot.com, dan mohon masukkan link saya kembali. Trims :)

    ReplyDelete
  16. salam kenal. singgah sini terus follow. jom, kalu sudi singgah dan follow teratak kite jugak. maceh... >_<

    ReplyDelete
  17. nice sharing...jagalah hati sebaik2nya...

    ReplyDelete
  18. terima kasih atas perkongsian ;-)

    ReplyDelete
  19. nauzubillahiminzalik.. mintadijauhkan kita dan keturunan kita dari keras hati ni. amin..

    ReplyDelete
  20. bila dibaca ulang-ulang...terasa insaf.terima kasih

    ReplyDelete

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3