Balasan Pemuda Yang Menghina Abu Hurairah ra.



Imam Nawawi meriwayatkan dalam kitabnya 'Tabaqatul Kubra' dari Abu Tayib Al Qadhi bahawa dalam satu majlis ilmu yang diberikan oleh Abu Tayib. Tiba-tiba datang seorang pemuda dari Khurasan dan meminta supaya diberikan dalil bagi menyokong suatu masalah agama yang dimusykilkan. 



Abu Tayib membawakan Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah ra. Tetapi pemuda itu menolak dalil itu, lalu berkata : "Hadis dari Abu Hurairah tidak boleh diterima".

Pada saat itu, juga datang seekor ular besar jatuh dari atas kepala pemuda itu. Orang lain melarikan diri, tetapi ular itu hanya mengejar pemuda itu sahaja. 

Sambil berlari lintang pukang dia menjerit :"Ampunilah saya Ya Allah , maafkan saya Ya Abu Hurairah ra.". Dia mengulang perkataan itu beberapa kali. Akhirnya ular itu pun hilang. 

Sumber : 

Siapa Wali 
Susunan Mustaffa Suhaimi 
Halaman 79

6 Comments

  1. nice sharing mselim
    kisah yg bg pengajaran buat kita semua
    yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

    ReplyDelete
  2. Kalaulah sekarang ini Allah bagi hukuman secara cash macam tu, mesti ramai yg mengakui keagungan dan mengikuti segala perintah Allah SWT. Allahuakbar!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum mselim...

    Trima kasih atas perkongsian cerita yang menarik ini :)

    Semoga Allah merahmati Abu Hurairah r.a

    ReplyDelete
  4. Kerana mulut badan binasa kan sedara...

    ReplyDelete
  5. saya suka entri sebegini. Mudah-mudahan lebih ramai yang mengenali para sahabat.

    ReplyDelete

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3