Pintar Fiqah : Bagaimana Rasullulah Menjawab Salam Ketika Solat?


Situasi :


Memberi salam sunat , namun menjawab salam adalah wajib. Tetapi ada seseorang yang diberi salam kepadanya tetapi dia membalasnya dengan isyarat tangan sahaja? 



Jawapan : 

Dia sebenarnya sedang solat ketika orang memberi salam kepadanya. Maka dia membalasnya dengan isyarat tangan sahaja dan solatnya diteruskan. 

Jabir ra mencerita : Rasullulah saw mengutuskan aku untuk suatu urusan. Kemudian aku kembali dan mendapati Baginda sedang solat. Aku pun memberi salam kepadanya. Lalu Nabi memberi isyarat kepadaku. Setelah selesai solat baginda memanggilku dan berkata :"Tadi kamu memberi salam sedang aku solat." 
(Riwayat Muslim) 

Ibnu Umar bertanya kepada bilal: "Bagaimana Nabi menjawab salam sahabat semasa Baginda sedang solat? Saidina Bilal menjawab :"Baginda mengisyaratkan dengan tangannya."
(Riwayat Al-Tirmizi no.336. Dinilai Sahih oleh Al-Albani)

Hadis ini adalah diantara hadis yang menunjukkan boleh memberi isyarat semasa solat dalam 2 situasi. Pertama menjawab salam dan kedua apabila ada keperluan. Pastinya memberi isyarat tanpa keperluan dan bukan juga untuk menjawab salam adalah satu perbuatan yang sia-sia yang boleh membatalkan solat.

Sumber : 

Majalah Solusi Isu 57

Bacaan Tambahan : <Sila Klik Sini>

12 Comments

  1. ooo.. baru tau cara jawab salam masa solat.. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. Boleh rupanya menjawab salam dgn isyarat semasa dlm sembahyang.
    Thx mselim3...Salam Ramadhan :)

    ReplyDelete
  3. o0o00..yeke..

    saya nak tanya kalau kita berada dalam tandas atau tengah makan org bagi salam kat kita ,,kita tak perlu jawab kan???

    ReplyDelete
  4. balas kunjungan..info yg baik..balas salam ktika solat..

    ReplyDelete
  5. waalaikummussalam wbkt.. maaf baru hari ni berkunjung di sini, internet bermasalah.. baru aiza tahu.. terima kasih di atas perkongsian ni ya.. aiza tak balik kampung raya kali ni, beraya di perantauan sahaja, mak aiza memang di sini.. selamat hari raya.. bila balik kampung?

    ReplyDelete
  6. oooo...yumida baru tahu
    rpanya dlm bersolat kita blh menjwb salam
    alhamdulillah..perkongsian yg baik mselim

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum...zulaiqa,

    betul... x perlu jawab...

    mselim3

    ReplyDelete
  8. Assalammualikum...yayang,

    Dengan cara mengangkat tangan kanan tanpa melepasi bahu..

    pls: sorry penerangan tanpa gambar agak sukar utk difahami... dalam majalah solusi ini ada gambar, puas cari gambar di google tak jumpa ini kerana jarang orang buat entry pasal bab salam nie.

    mselim3

    ReplyDelete
  9. ohh...first time dengar...thanks for sharing :)

    ReplyDelete

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3