Panduan Mandi Wajib (Junub) Yang Betul

panduanmandiwajibyangbetul

Cara mandi wajib yang sah sering menjadi persoalan di kalangan umat islam antaranya, remaja yang baru baligh, perempuan yang datang haid, lelaki yang keluar mani,wanita yang keluar darah nifas,suami isteri yang bersetubuh (jimak) dan sebagainya. 

Sebab Anda Perlu Mandi Wajib 
1-Bertemu dua khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj) 
2-Keluar mani walaupun sedikit 
3-Mati melainkan syahid
4-Keluar haid bagi perempuan.
5-Keluar nifas (darah yang mengiringi bayi ketika bersalin) 
6-Wiladah atau melahirkan anak 

Rukun Mandi Wajib ( Cukup 3 rukun ini, mandi wajib sah) 
1-Niat Mandi Wajib 
2-Menghilangkan najis di badan samada yang jelas('ayni) atau tidak jelas(hukmi)
3-Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. 

Jenis Niat Mandi Wajib 
1-Keluar Mani atau keluar haid dan nifas
"Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala" 
"Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala" 

2-Mandi disebabkan bersetubuh antara suami isteri
"Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala" 

3-Mandi disebabkan keluarnya darah nifas
"Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala" 

Bahasa Arab 
niatmandiwajib


Sunat Ketika Mandi Wajib 

1-Mengadap Kiblat 
2-Membaca basmalah 
3-Membasuh dua tapak tangan 
4-Mengambil wuduk sebelum mandi
5-Menggosok seluruh anggota badan dengan tangan dan berturut-turut dalam membasuh anggota
6-Membasuh kemaluan dengan tangan kiri dan juga segala kekotoran yang ada pada badan.
7-Menyelati rambut kepala dengan air kemudian membasuh kepala 3 kali. 
8-Mengambil air dan membasuh ke semua tubuh yang berlipat seperti tubuh yang berlipat seperti kedua-dua telinga, lipatan-lipatan perut, dalam pusat dan ketiak.
9-Membasuh sebanyak 3 kali sebagai kias kepada wuduk .

Cara-Cara Mandi Wajib 

1-Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalang air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas .
2-Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk menyampaikan air ke kawasan-kawasan sulit seperti qubul dan dubur. Kalau berdiri pun tidak jadi masalah , yang penting ialah air sampai kepada semua bahagian anggota badan. 
3-Niat mandi wajib . Bagi sesiapa yang tidak pandai bahasa arab boleh dalam bahasa melayu. 
4-Sunat memulakan mandian disebelah kanan anggota badan dan seterusnya disebelah kiri. 
5-Gosok atau sapu disemua anggota badan , mengambil air dan membasuh ke semua tubuh yang berlipat seperti tubuh yang berlipat seperti kedua-dua telinga, lipatan-lipatan perut, dalam pusat dan ketiak.(meratakan air keseluruh tubuh badan).
6-Selesai Mandi Wajib

Rujukan : 
Buku "Indahnya Hidup Bersyariat" 
Halaman 70-71

15 Comments

  1. tq info yg bermanafaat sgt!

    ReplyDelete
  2. Mari join sini. ^^

    http://meyrajohn.blogspot.com/p/jointhiscontest.html

    http://meyrajohn.blogspot.com/2013/02/sky-skype-skyping-by-selalulalu.html

    http://meyrajohn.blogspot.com/2013/02/tumblring-time-by-selalulalu.html

    http://meyrajohn.blogspot.com/2013/02/mencari-blogger-and-instagrammer-yang.html

    Thanks. ^^

    ReplyDelete
  3. sangat bagus ye info nie. bukan senang taw nk bagi sah.

    ReplyDelete
  4. thank you for posting this good entry :) done bookmark this page hehe.

    jom terjah: http://nurfaezahabdullah1712.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. bagus berkongsi hal2 wajib mcm ni, xsah mandi wjb, efek pd amal ibadat lain.. syukran mselim :)

    ReplyDelete
  6. teringat zaman bljr pafa dulu.. hehe btw info mcm ni perlu di share utk refreshkan blik diri kan ;)

    ReplyDelete
  7. Awat yg komen smuanye pompuan? Aku sorg je laki..huhuh

    ReplyDelete
  8. semoga mndi wajib yng kite buat sah

    ReplyDelete
  9. thanks atas penerangan yang sangat jelas.....so lepas nie kena lebih teliti dan berhati-hati

    ReplyDelete
  10. Tak perlu ambil wudhuk ke?

    ReplyDelete
  11. Assalammualikum...anonymous,

    wuduk dalam mandi wajib adalah sunat....

    mselim3

    ReplyDelete

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3