Doa Nabi Nuh as - Doa Mohon Perlindungan

doanabinuh


surahhuudayat47


Maksudnya : "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadamu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya , dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku , dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi" . 
(Surah Huud :47 ) 

Fadhilat Ayat : 


Doa ini merupakan doa Nabi Nuh as , iaitu ketika kaumnya termasuk anaknya (kan'an) turut dihancurkan oleh Allah swt melalui banjir besar. Nabi Nuh as memprotes kepada Allah swt  "Kenapa anaknya (kan'an) ikut dihancurkan padahal dia adalah sebahagian dari keluargaku dan menenggelamkan kaumku." (surah Huud ayat 47). 



Kemudian Allah memberikan jawapan : "bahawa dia (kan'an) bukan termasuk keluargamu yang dijanjikan akan diselamatkan, kerana dia tidak soleh dan tidak beriman kepada Allah . Padahal yang akan diselamatkan dari banjir besar adalah mereka-mereka yang beriman kepada Allah ." 
(surah Huud ayat 46)

Setelah diperingatkan oleh Allah swt , Nabi Nuh as berdoa dengan lafaz doa di atas. Kemudian Allah mengabulkan doanya. (surah Hud ayat 48) .

Petikan : 

Buku "Ubat,Doa & Penyembuhan serta khasiat surah al-quran 
Al Fadhil Ustaz Sharhan Shafie

5 Comments

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3