Pastikan aurat ditutup dengan sempurna ketika melakukan semua perlakuan solat seperti berdiri,rukuk,duduk dan sujud
Soalan :
Saya pernah merasa was-was samada solat yang saya lakukan sebelum ini benar-benar menutup aurat atau tidak. Perlukah saya mengulangi semua solat yang saya ragui ?
Jawapan :
Apabila anda mengerjakan solat dengan keyakinan sudah memenuhi syarat-syarat sah solat termasuk menutup aurat, solat anda sah. Sekiranya ada keraguan atau syak mungkin menutup aurat dengan sempurna, perasaan syak itu hendaklah dibuang dan tidak diambil kira. Ini berdasarkan kaedah fikah yang ulama aturkan,"keyakinan tidak hilang dengan keraguan" .
Berdasarkan kaedah fikah ini, keyakinan anda telah menutup aurat ketika bersolat hendaklah dipegang dan perasaan was-was bahawa aurat tidak ditutup dengan sempurna hendaklah diabaikan. Tetapi sekiranya terdapat terdapat bukti-bukti yang jelas bahawa pakaian yang anda pakai ketika solat tidak memenuhi piawaian menutup aurat , anda wajib mengulangi semula solat-solat tersebut .
Petikan :
Buku "Anda Bertanya Ustad Menjawab Mengenai Solat"
Rohidzir Rais
Petikan :
Buku "Anda Bertanya Ustad Menjawab Mengenai Solat"
Rohidzir Rais
Tq utk entry ni
ReplyDeleteTrima kasih entry ini...sekurang2nya xdelah rasa was2 tu lagi :D
ReplyDeleteseblum solat kne pstikn semua tertutp
ReplyDeleteMmg was2 tu permainan setan kan...
ReplyDelete