Hukum Bersolat Memakai Kain Sarung Sahaja Tanpa Baju?

hukumsolatpakaikainsarung
Soalan : 


Bolehkah seorang lelaki bersolat dengan memakai kain sarung sahaja tanpa baju ?



Jawapan 

Solat yang dilakukan dengan memakai kain sarung yang menutup aurat adalah sah. Tetapi perbuatan bersolat tanpa berbaju atau berpakaian kemas adalah perbuatan yang amat dikeji oleh syarak. Solat adalah interaksi langsung seorang makhluk yang hina dengan khalidnya (pencipta) yang Maha Agung. Sudah tentu berpakaian tidak sopan ketika berhadapan dengan-Nya adalah perbuatan biadap dan tidak beretika. Majoriti ulama fikah juga menghukumkan perbuatan ini sebagai makruh tanzih, iaitu perbuatan yang dibenci dan dianjurkan supaya dijauhi . 

Perlu dijelaskan bahawa had minima aurat lelaki yang ditentukan syarak bertujuan memudahkan mereka yang tidak berkemampuan atau dalam keadaan darurat . Ia bukan lesen untuk 'memudah-mudahkan' agama dan memandang enteng (mudah) persoalan aurat.

Petikan : 

Buku "Anda Bertanya Ustad Menjawab Mengenai Solat" 
Rohidzir Rais 

6 Comments

  1. terima kasih eraz kerana support me...

    ReplyDelete
  2. My hubby pun solat pakai kain pelikat ja..selesa kot..

    ReplyDelete
  3. owh...

    nie jawapan yg sy cari2 :)

    tq

    ReplyDelete
  4. Eraz share entri ni kt blog eraz.. Kredit dh d berikan... :-) Hasil carian, mselim masih plg tinggi.. :-)

    ReplyDelete

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3