Cara Solat Jika Dipenjarakan Tanpa Pakaian?


Soalan : 


Saya terfikir, sekiranya seseorang itu dipenjarakan atau dikurung tanpa pakaian, bagaimana dia hendak menunaikan solat? Bagaimana dia hendak menutup aurat? 



Jawapan : 

Dalam keadaan seseorang itu tidak mempunyai pakaian atau apa sahaja benda yang dapat digunakan bagi menutup auratnya, harus dia bersolat dalam keadaan tanpa pakaian. Dalam keadaan ini dia tidak perlu rukuk dan sujud terlalu lama atau terlalu sempurna sehingga boleh menzahirkan (menampakkan) aurat besarnya (kemaluan). Solat yang dilakukan dalam keadaan ini tidak perlu diulang. 

(ad-Diraasaat al-Fiqhiyyah 'ala Mazhab, ms.238, kaherah Dar al-Salam1409/1989M)

Petikan : 

Buku "Anda Bertanya Ustad Menjawab Mengenai Solat" 
Halaman 49 
Rohidzir Rais 

6 Comments

  1. subhanallah..
    Betapa Allah itu memahami kemampuan hambaNya... :)

    ReplyDelete
  2. Kira darurat la keadaannya tu kan...Good info..Tq..

    ReplyDelete
  3. Tiada ruangan yang membolehkan kita meninggalkan solat, sentiasa ada kaedah bagi menunaikannya, asalkan hati yang didorongkan oleh keimanannya mahu!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...

    Di sekolah menengah ada dibuat ujian PAFA (Penilaian Asas Fardu Ain) tetapi ada sesetengah sekolah yang mengambil "ringan" akan ujian ini dengan memberikan juga "lulus" kepada pelajar yang wajib mengambilnya tanpa diperbaiki kesalahan mereka (sekiranya mereka tidak menguasai perkara-perkara di dalam fardu ain sebelum ujian). Oleh sebab ini pelajar-pelajar berkenaan menamatkan persekolahan menengah mereka dengan keadaan tak tahu bersolat.... Ditambah lagi di rumah mak ayah pelajar berkenaan juga tidak atau jarang bersolat...

    *******

    9 Formula Pantas Seru Rezeki

    Panduan Haji Umrah

    Kamus Tafsir Mimpi

    ReplyDelete

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3