Bagaimana Solat Jika Anak Menghalang Daripada Sujud?


Soalan : 


Ketika solat, anak lelaki saya yang berusia setahun setengah duduk dihadapan saya sehingga menghalang saya daripada sujud. Apa yang perlu saya buat? 



Jawapan : 

Dalam Keadaan Ini Anda Boleh Lakukan Sama Ada :

1- Tolak dengan perlahan anak anda ke sebelah. Awas, jangan sampai anak terjatuh! . 
2- Tunggu sehingga anak itu beredar sendiri . 
3- Melangkah ke belakang atau ke kanan atau kiri supaya mendapat ruang untuk sujud . 

Apa yang penting, jangan sesekali angkat anak tersebut kerana anak tersebut mungkin belum berkhitan atau mempunyai kesan najis pada pakaiannya atau di dalam lampinnya. Menanggung najis atau sesuatu bernajis ketika solat boleh membatalkan solat.

Petikan : 
Buku "Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat "

11 Comments

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3