Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Safie bin Saib bin Abu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf . Ayahnya berasal dari keturunan Quraisy daripada Bani Mutalib . Ayahnya telah meninggal dunia ketika Imam Syafie masih kanak-kanak . Ada pendapat lain menyatakan bapanya meninggal ketika beliau masih dalam kandungan.
Beliau dilahirkan di Kota Gaza Palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijrah . Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia .
Khalifah islam pada masa itu ialah Khalifah Abu Jaafar Al Mansur daripada bani Abbasiyah .
Imam Syafie dibesarkan dalam serna kekurangan , sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari al-Quran, beliau sudah menghafal al-Quran sejak berumur 9 tahun . Semasa berusia 10 tahun beliau telah menghafal dan memahami kitab al-Muwattak yang ditulis Imam Malik, mempunyai suara merdu, boleh bersyair dan bersajak .
Ketika berusia 15 tahun beliau telah mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram, kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa , beliau mendapat sanjungan masyarakat . Beliau meninggal dunia di Mesir tahun 204 hijrah ketika berumur 54 tahun.
Imam Syafie sangat menentang amalan bidaah . Katanya lagi , semua perkara yang diadakan menyalahi Quran dan sunnah atau ijmak adalah bidaah yang sesat . Dan perkara kebaikan yang tidak menyalahi sedikitpun daripada semuanya itu adalah bidaah terpuji.
Imam Syafie juga melarang taklid , baik taklid kepada dirinya sendiri atau kepada sesiapa sahaja . Semasa hidup, beliau selalu menasihatkan orang ramai terutama anak muridnya tentang taklid .
Pesan Imam Syafie , "Tiap-tiap perkara yang telah saya katakan padahal sabda Rasullulah saw bertentangan dengan perkataan saya, maka sabda Rasullulah saw itulah yang lebih utama dituruti .
Petikan :
Buku "Imam-Imam Yang Benar "

nice share.sgt bergune info ni dlm pada beron9 tak pasal2.haha
ReplyDeleteBertuahnya kalau my Khalish dapat jadi cam imam Shafie yg terang hatinya...
ReplyDelete