Sikap Rasulullah Saw Yang Harus Diteladani dan Dicontohi

rasululullahsaw

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Sikap Rasulullah adalah sebaik-baik manusia yang harus diteladani dan dicontohi baik segala aspek. Sebagaimana kita ketahui akhlak rasulullah saw adalah Al-Quran. Maka marilah kita meniru sikap Rasulullah saw yang harus diteladani dan dicontohi oleh semua umat islam di dunia seperti berikut.  


Rasulullah saw jika ada pakaian yang koyak, Rasulullah saw yang akan menampal atau menjahitnya sendiri tanpa menyuruh isterinya. Rasulullah saw juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga untuk dijual di pasar. Apabila Rasulullah saw pulang ke rumah bila dilihatnya tiada makanan yang siap untuk dimakan sambil tersenyum Rasulullah saw menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Rasulullah saw sangat rajin mambantu urusan rumahtangganya. Apabila Rasulullah saw mendengar azan, Rasulullah saw akan cepat-cepat pergi ke masjid dan cepat-cepat pulang apabila selesai solat. 

Pernah suatu hari, ketika pulang dalam keadaan yang sangat lapar dilihat tiada disediakan sarapan atau makanan untuk dimakan. Apabila ditanya Aisyah ra dengan rasa serba salah menyatakan bahawa hari itu beliau belum masak lagi. Rasulullah saw sedikit pun tidak tergambar diwajahnya sungguh kesal dan kecewa. Malah Rasulullah saw lantas terus mengatakan beliau berpuasa sahaja pada hari itu. 

Sebaliknya, Rasulullah saw sangat marah apabila melihat suami yang memukul isteri. Pernah Rasulullah saw menegur , "Mengapa engkau memukul isterimu?" 
Lantas dijawab oleh lelaki itu,"Isteriku sangat keras kepala walaupun telah diberi nasihat beberapa kali tetapi dia berdegil lalu aku memukulnya." 
"Aku tidak bertanyakan alasanmu," jawab Rasulullah saw. Aku bertanya kenapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu. 
Rasulullah saw bersabda:"Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." 
Prihatin , sabar dan tawaduk baginda Rasulullah saw dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat. 

Pada suatu hari, ketika Rasulullah saw menjadi imam solat. Para sahabat mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh Rasulullah bergesel antara satu sama lain. Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan Rasulullah saw itu lantas bertanya apabila selesai solat berjemaah. Akhirnya Rasulullah saw mengangkat jubahnya. Maka terkejutnya para sahabat apabila melihat perut Rasulullah saw yang kempis serta terlihat sehelai kain yang berisi batu kerikil yang dililit pada perut Rasulullah saw. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali tubuh Rasulullah saw bergerak ketika solat. 


Ya Rasulullah saw, apabila tuan menyatakan rasa lapar dan tidak mempunyai makanan pasti kami akan mendapatkannya untukmu Rasulullah?" 

Lantas Rasulullah saw menjawab,"Aku tahu engkau semua rela berkorban demi Rasulmu, tetapi apakah yang akan aku jawab nanti di hadapan Allah SWT sebagai pemimpin yang menjadi beban kepada umatnya?" 

"Biarlah lapar ini menjadi hadiah Allah SWT buatku, agar tidak ada umatku yang kelaparan di dunia apatah lagi kelaparan di akhirat kelak." 

Baginda Rasulullah saw tidak rasa canggung atau kekok sedikit pun makan disebelah seorang tua yang berkudis, miskin dan kotor. Baginda sangat penyabar bila kolar bajunya direntap dengar kasar oleh seorang Arab Badwi sehingga berbekas merah di Rasulullah saw. Rasulullah saw berlemah lembut dengan Arab Badwi yang bersikap kasar dan menengking baginda. 

Kecintaan Rasulullah saw yang sangat tinggi terhadap Allah SWT dan dengan rasa kehambaan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari Allah SWT sedikit tidak membuatkan untuknya merasa lebih daripada orang lain ketika berhadapan dengan orang ramai maupun berseorangan. Sekalipun pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuknya Baginda Rasulullah saw masih berdiri bertahajud di malam hari sehingga bengkak-bengkak kakinya. Ketika ditanya Aisyah ra. Lalu di jawab oleh Rasulullah saw ,"Ya Aisyah bukankah aku ini hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hambaNya yang bersyukur."


Daripada http://mselim3.blogspot.com   

20 Comments

  1. terima kasih di atas perkongsian ini mselim....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualaikum.. farah,

      terima kasih sudi visit mselim3 disini...

      Delete
  2. rindu Rasulullah SAW..rindu dengan syafaatnya..baginda contoh pemimpin ummah TERBAIK..kenapa tiada yang menjadikan baginda contoh dalam mentarbiah negara..masya Allah..Allah dah bagi contoh..Allah dah hadiahkan kita Baginda..buka mata..lapangkan hati..terima kasih mselim..kerana kongsi kisah kekasih Ilahi ini..

    ReplyDelete
  3. masa sekolah dulu ustaz byk cerita macam kisah2 ni...bagus perkongsian ni mselim

    ReplyDelete
  4. SELAMAT PETANG..SYIRA SINGGAH BLOGWALKING :D
    NAK TAK SYIRA PROMOTE BLOG DAN IG ??
    TINGGALKAN LINK DI PAGE BOG SYIRA LOKMAN
    https://www.facebook.com/syiralokman5

    TERIMA KASIH :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mselim3 dah reply di FB syira dan bagi link seperti mana yang diminta. Thanks sudi promote blog...

      Delete
  5. ASSALAMUALAIKUM ABG SELIM.
    TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN...

    ReplyDelete
  6. sekarang ni mmg susah nak jumpa org yg sabar n baik hati mcm Rasulullah . Kita sendiri pun ada kalanya baran juga ...

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yang berguna. Kena belajar amalkan sunnah Nabi dalam kehidupan.

    ReplyDelete
  8. Subhanallah indahnya akhlak Nabi tetapi pemimpin hari ini tidak mengambil akhlak Nabi sebagai ikutan

    ReplyDelete
  9. Assalaamualaikum mSelim.Sangat tertarik dengan kenyataan, "Biarlah lapar ini menjadi hadiah Allah SWT buatku, agar tidak ada umatku yang kelaparan di dunia apatah lagi kelaparan di akhirat kelak."

    Semoga pemimpin kita mengambil iktibar..

    ReplyDelete
  10. ikut tu dah kira sunnah...hidup berkat tambah lg dapat pahala sunnah

    ReplyDelete
  11. Rasulullah SAW adalah ikutan kita sepanjang zaman. Kena amalkan Islam dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  12. Ya Rasulullah...kami bangga jadui umat mu
    Saya ingin sekali didk anak cara Rasulullah. Selitkan sunnahnya dalam kehidupan sekeluarga. Entry terbaru saya. http://myfawa.com/7-tip-marah-anak-dengan-kasih-sayang/

    ReplyDelete
  13. Merasa sedih bila menjiwai kisah Rasullah S.A.W..Hiba,tangisan ikhlas dari umatnya pada zaman ini. Ya Rasullullah S.A.W.

    ReplyDelete

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3