Hukum Tengok Bola dan Maksud FIFA

fifa
Puasa Untuk Allah (Ramdan)

Tahukah kita apa yang dimaksudkan dengan FIFA. FIFA adalah suatu badan induk Gabungan Bola Sepak Antarabangsa atau Federation International Football Association yang menyeragamkan undang-undang bola sepak di dunia. Sebagaimana nadir atau kebiasaaannya World Cup atau Piala Dunia ini diadakan setiap setiap empat (4) tahun sekali. Piala Dunia ini diadakan ketika umat islam di dunia bakal menyambut ramadan iaitu bulan mulia buat umat islam untuk memperbanyakkan amalan. Tapi sayang , pengisian kita di bulan ramadan ini andai kita penuhkan aktiviti menonton bola sepak. Inilah yang dikatakan ujian bulan ramadan. Bersama-sama kita memperbanyakkan amalan di bulan ramadan seperti membaca al-quran, berzikir dan solat malam atau solat tahajud untuk memohon keredhaan Allah swt. Janganlah kita penuhkan bulan yang mulia ini dengan banyak tengok bola. 


Bola sepak ini boleh kita tonton. tetapi janganlah kita  menyia-yiakan waktu,dan berlebihan-lebihan atau melampau-lampau sehingga melupakan urusan yang lainnya. 

Untuk mengetahui Hukum Tengok Bola anda semua boleh klik kat link ini : Hukum Tengok Bola 

Insaallah sesama kita memeriahkan ramadan yang bakal mendatang ini dengan sebaik-baiknya. Buatlah persiapan mental dan fizikal ketika umat islam diuji dengan 'ujian piala dunia".  


fifa

Kekadang mselim3 cari maksud FIFA ini, dan terjumpa maksud FIFA, menurut pandangan biasa-biasa ala FIFA tak kan itu pun tak tahu? Sebut sahaja FIFA baik yang kecil mahupun yang besar, semua sudah maklum maksud FIFA itu sendiri. Cuba kita tengok maksud FIFA menurut pandangan lain pulak. FIFA bermaksud "Fasting Is For Allah". Puasa untuk Allah sempena World Cup yang selalu jatuh bulan ramadan. Tak Rugi  bangun tengok bola, tapi rugi kalau bangun tidak Solat Tahajud, tak Salah bangun tengok bola tapi salah kalau tengok tak Solat Subuh. 


Marilah kita meriahkan pesta bola piala dunia ini dengan menghidupkan Ramadan, dan menanti-nanti ramadan yang bakal menjelma nanti. 

Meriahkan Ramadan ini, semeriah pesta bola sepak piala dunia yang ditunggu-tunggu dan dinanti-nanti oleh semua umat islam di dunia .

24 Comments

  1. ramadan bkal menjelma..demam bola lgi..

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum mselim3..
    Betul tu..bola-bola jugak..ibadat jangan lupa..solat Tahajud boleh dilakukan semasa rehat separuh masa..

    ReplyDelete
  3. boleh je tgk bola..ibadat jgn gopoh gapah je..hehehhe

    ReplyDelete
  4. salam bro muslim..
    pkongsian yg menarik.. tertarik utk kongsi
    article yg hbat ni
    mohon izin utk kongsi..
    akan backlink kpada tuan blog :)

    ReplyDelete
  5. setuju dengan ulasan Mselim
    Inilah peluang yang ada untuk berlatih menghadapi Piala Ramadhan

    ReplyDelete
  6. internet slow! tadi dah taip..tak tahu lepas ke tak. Nasib baik saya tak minat sangat tengok bola. Kalau nak berjaga tu memang tak lah.

    pssst: klu dah ada komen y tadi, delete y ni taw mselim3

    ReplyDelete
  7. Nak tengok bola boleh.. tapi berpada2 jgn sampai kita lalai dalam mengerjakan ibadat...

    ReplyDelete
  8. alang2 bangun pukul 3 pagi, baik solat dulu...hehe pahala dapat, doa makbul..insyaallah

    ReplyDelete
  9. terima kasih untuk peringatan untuk kaki-kaki bola macam saya..huhu.memang kena grab peluang ni sebab alang-alang dah bangun kan, takkkan nak rugi macam tu je

    ReplyDelete
  10. mungkin juga boleh berqiamullail sementara menunggu pertandingan bermula . tetapi klu berqiamullail di warung mamak utk dapat feel ... pilihan di tangan mereka .

    ReplyDelete
  11. Andai kita bijak mengurus waktu itu..insyaallah bola itu bukan satu kekangan untuk kita tidak bertahajud sebenarnya..yang penting kita mesti kuat semangat..inilah ujian kita..duniawi..atau ukhrawi..

    ReplyDelete
  12. Assalam MSelim3;
    Tengok bola jngnlah sampai taksub sgt kan..

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum mselim,
    hehe..sesuai sgt entry ni utk time2 demam bola cm gini..nice!bola bola jugak ibadah wajib jgn lupa kan.. ;)

    ReplyDelete
  14. setuju dengan mselim ..terima kasih peringatannya

    ReplyDelete
  15. Jadikan bolasepak piala dunia ini pemangkin untuk kita memperbanyakkan amal ibadat di bulan Ramadan kelak. Hiburan perlu ada had tapi beramal tanpa had...

    ReplyDelete
  16. Assalaammualaikum mSelim. Nampaknya FIFA sebagai pemangkin kepada umat Islam dalam menjalakan ibadah dengan lebih baik sempena bulan puasa yang bakal kunjung tiba..

    ReplyDelete
  17. Thanks MS..kena begi keutamaan kan..untuk yang malas nak bangun sahur tu, bola ni boleh jadi motivasi ..he..he

    ReplyDelete
  18. berpada2 dan jgn berlebihan...cari yg berpahala dulu

    ReplyDelete
  19. Asalkan tidak berlebih-lebihan dan tidak mengganggu amal ibadat, InsyaAllah, boleh

    ReplyDelete
  20. salam

    Mselim, bagus entri ini. santai tapi berisi

    ReplyDelete
  21. Perkongsian yang baik, mselim3. kalau yang jam 3 pagi tu elok sangat lah tu..bangun dan sahur terus.. :D

    ReplyDelete
  22. Entry menarik Mselim.. sama2 jadikan panduan

    ReplyDelete
  23. perkongsian yg baik.. seharusnya ihya' ramadhan lebih meriah dari pesta bola..

    ReplyDelete

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3