Hukum memberi salam adalah sunat manakala orang yang menjawab salam hukumnya wajib. Namun begitu ada juga salam yang diberikan oleh golongan tertentu yang tidak wajib dijawab. 4 golongan berikut adalah :
1- Salam yang diucapkan oleh Imam selepas selepas solat.
salam yang diucapkan oleh imam selepas solat tidak wajib dijawab. Ini kerana solat yang diucapkan itu adalah sebagai tanda berakhir solat seseorang itu, tetapi jika dijawab salam itu tidaklah menjadi salah atau berdosa.
2- Salam yang diberikan oleh orang kafir .
Pertikaian tentang salam yang diberikan orang kafir perlukah kita menjawab salam orang kafir ini. Adalah tidak perlu kita menjawab salam yang diucapkan oleh orang kafir tetapi jika kita hendak menjawab salam orang kafir ini tidaklah salah tetapi sekadar menghormati salam itu sendiri. Memang tidak dinafikan zaman sekarang orang kafir pun sudah bijak dan mahu memberikan salam kepada orang islam. Cara untuk menjawab salam orang kafir ini, anda boleh klik sini.
3- Salam yang diucapkan oleh seseorang apabila ia mendahulukan kata-katanya terlebih dahulu sebelum memberi salam.
Salam yang diucapkan oleh orang diatas ini adalah golongan yang memberikan ucapan di majlis tertentu.
4- Salam yang diucapkan bertujuan untuk mempermain-mainkan salam.
Kategori orang yang memberikan salam dengan bertujuan mempermain-mainkan salam ialah salam yang diucapkan oleh golongan mahram kepada suatu golongan mahram yang lain. Contohnya salam yang diucapkan oleh lelaki kepada perempuan atau wanita yang ingin diusik atau ditegurnya. Maka dalam keadaan atau situasi ini wanita yang mendengar salam itu, tidaklah wajib menjawab salam lelaki tersebut. Ini kerana jika salam yang diberikan itu jika dijawab ditakuti akan menimbulkan fitnah. Tetapi jika ingin dijawab juga boleh dijawab di dalam hati sahaja tanpa perlu didengari oleh lelaki tersebut.
Kredit : Sumber


Salam yang diberi WAJIB kita JAWAB ..thanks MS atas perkongsian ..kak singgah menabung Mr Nuff
ReplyDeleteyg nombor 2 tu mselim yumida masih ingat ajaran ustaz. ada cara menjwb salam org kafir. nice sharing. mengingatkan diri yumida akan kepentingan menjawab salam. pencerahan soalan salam dri berbagai sudut
ReplyDeleteisi tabung zalora sini
Trima ksh atas perkongsian ni
ReplyDeleteAssalam MSelim3;
ReplyDeleteT kasih atas pencerahan & perkongsian ini..
Thanks for sharing bro...
ReplyDeleteTerima kasih Tuan atas perkongsian ini.
ReplyDeleteTerima kasih Tuan atas perkongsian ini.
ReplyDeleteBetul..terima kasih sharing..kadangkala kita rasa perkara ini simple..kita lupa yang simple itu boleh memberi kesan yang besar..salam itu doa..nak doa pastikan betul dan kena dengan masa dan tempatnya..
ReplyDeleteAssalam. No 3 tu cane ek? First time dengar plak. Tak wajib jawab kenapa ye? Mohon pencerahan. (^.^)
ReplyDeleteThanks MS..Selamat berhujung minggu...
ReplyDeletethanks for sharing selim...good info
ReplyDeleteSalam mSelim, terima kasih atas perkongsian. Mohon COPY ye..:)
ReplyDeletealhamdulillah ... dapat ilmu yg bermanfaat . penjelasan yg sgt mudah utk faham .
ReplyDeleteskrg banyak orang main2 dengan salam.. macam dalam katagori no. 4 tu la..
ReplyDeletecontohnya : "assalamualaikum.. tak jawab dosa, kalau jawab gatal.."
Alhamdulillah... penerangan yang jelas. Timekasih Mselim
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian iliah ini Mselim3
ReplyDeletethanks fro sharing..
ReplyDeleteassalammualaikum mselim, suka entry ni sbb sekarang mmg ramai yg suka mempermainkan salam..
ReplyDeletemenabung kt sini.. :)
salam
ReplyDeletebagus perkongsian ni...perkara ini sudah biasa berlaku dalam masyarakat
sebab itu kita perlu saling ingat mengingati denga sabar..terima kasih
ReplyDeletesemoga Allah pelihara kita
ReplyDeletesalam saat diwc juga kalo ga salah tak perlu dijawab juga ya?
ReplyDelete