Siapakah itu Qatilah Binti Nadhr ?

qatilahbintinadhr

Nama penuhnya ialah Qatilah binti Nadhr bin Haris bin al-Qamah yang berasal daripada Bani Abdu Dar suku Quraisy. 


Ayahnya qatilah ditawan oleh kaum muslim ketika perang badar, kemudian dibunuh oleh Saidina Ali bin Abi Talib ketika dalam perjalanan kembali ke Madinah. Nadhr adalam pembawa perang pasukan kaum Musyrikin ketika dalam perang Badar dan termasuk tokoh Quraisy. Dia juga orang yang bermusuh dengan Rasullulah saw ketika di Mekah. 


Tindakan Rasullulah saw yang memerintahkah Saidina Ali bin Abi Talib untuk membunuh Nadhr adalah suatu tindakan yang bijak. Ketika Nadhr berada di Mekah, dia bukan sahaja menyakiti kaum muslimin tetapi juga berusaha membuatkan orang muslim lalai daripada mengingati al-Quran. 


Suatu ketika , Nadhr bin Haris berkata kepada orang Quraisy :"Wahai orang Quraisy telah datang kepada kamu suatu semua perkara yang kamu tidak mempunyai alasan untuk mengelakkannya . Dahulu Muhammad ialah seorang pemuda yang kamu sayangi , paling jujur dan paling amanah. Setelah dia berubah membawa perkara yang disampaikan kepada kamu dan kamu mengatakan dia tukang sihir. 

Demi Allah dia bukan tukang sihir kami benar-benar mengatahui siapa tukang sihir. Kamu mengatakan dia dukun, demi Allah dia bukan seorang dukun kerana kami telah mengetahui hal-hal yang berkaitan dengan dukun. Kamu mengatakan dia penyair demi Allah dia bukan seorang penyair sesungguhnya kami mengenali penyair dan jenis-jenis syair. 

Riwayat Ibnu Abbas ra menjelaskan , Nadhr membeli hamba-hamba wanita yang pandai menyanyi dan menghiburkan. Setiap kali orang yang cenderung kepada Rasullulah saw, dia mempengaruhi mereka melalui salah seorang penyanyinya. 

Penyanyi tersebut menyajikan makanan dan minuman kepadanya, kemudian menyanyi dan menghiburkan sehingga tidak lagi kecenderungan kepada islam. Berkenaan ini Allah swt berfirman :


Maksudnya : Dan antara manusia ada orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan manusia daripada jalan Allah. 
(Surah Luqman ayat 6)


Sejak ayahnya Qatilah di tawan dan meninggal dunia , Qatilah memeluk islam dan meriwayatkan beberapa hadis daripada Rasullulah saw . Qatilah meninggal dunia pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab. 


Rasullulah saw pernah mengujinya kerana dia mengubah sebuah syair yang berbunyi : 
"Al Wahid al-Alif yang tidak memerlukan pengganti melainkan Allah yang mengetahui segala yang terjadi."

Sumber : 100 Tokoh Wanita di Zaman Rasullulah saw

22 Comments

  1. wah banyak gak muslimah dlm sejarah islam yg kita xtau

    ReplyDelete
  2. abg selim macamna nk bt komen tu ikut bln?

    ReplyDelete
  3. ok... kucing hitam boleh tengok kat link nie :

    http://www.mizzaiza.com/2014/01/widget-pengomen-terbanyak.html

    ReplyDelete
  4. byk kisah wanita zaman nabi..yumida pun baru mengenali nama ni mselim. nice sharing

    ReplyDelete
  5. terima kasih bro mselim..
    ats pkongsian... yak ilmu baru dipelajari

    ReplyDelete
  6. Assala MSelim3;
    Subhanallah.. perkongsian yg sgt bermanfaat.. semoga beroleh berkat Allah swt... aamiin..

    ReplyDelete
  7. baru puteri tau tentang Qatilah ...terima kasih berkongsi :)

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum mselim,sungguh tak sangka byk juga tokoh wanita zaman Rasulullah yg xdiketahui..thanks share..

    menabung kt sini... :)

    ReplyDelete
  9. Perkongsian yang menarik, terima kasih.

    ReplyDelete
  10. salam Tuan Mselim

    saya suka benar tuan berkongsi tentang sejarah serikandi Islam ini.teruskan perkongsian bermanfaat ini

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum...

    Kiranya Qatilah ni antara serikandi Islam ke?

    ReplyDelete
  12. tq berkongis kisah menarik ni !

    ReplyDelete
  13. Terima kasih mselim..kalau tak baca kat sini, tak kan tahu ni..hehe

    ReplyDelete
  14. Salam en. mselim...

    TKasih atas perkongsian bermanfaat ini...

    ReplyDelete
  15. pertama kali baca kisah ini kagum jadinya .. terbaik

    ReplyDelete
  16. Thanks MS..Bertuah mereka yang hidup dizaman Rasulullah S.A.W. kan...

    ReplyDelete
  17. Ramai lagi rupanya tokoh wanita dizaman nabi yang ramai tak tahu...dengan perkongsian ilmu begini maka panjang sedekah kita dari segi ilmu pengetahuan ni...

    terima kasih Mselim..

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah dia msuk islam kn last skli..kisah sejarah yg kta xtau.huuhu

    ReplyDelete
  19. Assalam mselim,
    Memang tak pernah tahu kisah ini. Terima kasih berkongsi... :)

    ReplyDelete
  20. terima kasih kongsi cerita macm ni mselim..sekurg-kurangnyer nad tau siapa orang tu

    ReplyDelete

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3