Azdah Binti Haris Menyertai Peperangan dan Memperolehi Kemenangan.

mujahidah


Dia adalah seorang mujahidah yang menyertai peperangan dan menang. Ketika penduduk Maisan berkumpul untuk memerangi kaum Muslimin, mereka dihalang oleh sahabat Rasullulah saw , Mughirah bin Syu'bah dengan pasukan seadanya. Mereka menghadapi musuh tanpa persiapan yang cukup. 


Menyaksikan keadaan kaum muslimin yang terdesak, Azdah bin Haris segera berkata kepada sahabat wanita yang lain,: "Sesungguhnya suami-suami kita sedang menghadapi musuh sedangkan kita hanya di belakang. Aku tidak tenteram jika mereka menyerang. Kita tidak mempunyai sesiapa yang akan melindungi kita. Aku khuwatir kerana jumlah musuh terlalu ramai sehinggakan mereka dapat mengalahkan kaum muslimin. 

Seandainya kita keluar tentu kita akan merasa terancam. Orang Musyrik akan menyangka kita adalah pasukan bantuan yang membantu kaum muslimin. Musuh pasti berasa gementar melihat kedatangan kita. Bukankah perang itu tipudaya?" 

Para sahabat wanita yang lain bersetuju dengan pendapatnya. Azdah segera membuat bendera yang dikoyakkan daripada tudungnya dan wanita yang lain juga membuat bendera yang sama daripada tudung mereka. Sambil berjalan beriringan , mereka mengangkat bendera tinggi-tinggi dengan berkata :"Wahai penolong islam yang jumlahnya berbaris-baris menyerahlah dan fikirkanlah nescaya kami memaafkan atau mereka akan mengalahkan mereka semua." 

Mereka pun sampai di tengah-tengah pasuakan kaum muslimin dan orang musyrik pun memerangi mereka. Ketika orang Musyrik melihat bendera-bendera datang mereka menyangka bahawa mereka adalah sejumlah pasukan yang datang memberi bantuan kepada kaum muslimin. Mereka pun berasa gementar melihatnya, sehinggakan kaum muslimin melawan mereka dan membunuh beberapa orang antara mereka . 

"Dia Seorang mujahidah yang menyertai peperangan dan mendapat kemenangan" 

22 Comments

  1. ambil pengajaran dari peristiwa lalu...

    ReplyDelete
  2. Ini bukti wanita juga boleh berjihad...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.

    Mselim.. perang itu tipudaya.. perlu strategi dan trick untuk menang kan.. :)

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum.. Nice sharing :)

    ReplyDelete
  5. wanita juga boleh menjadi wira ... wirawati selagi ada tekad dan kemahuan .

    ReplyDelete
  6. Alangkah wanita ini..syurga pastinya tempat beliau...salam hujung minggu MS..

    ReplyDelete
  7. menarik kisah ni mselim
    membantu sedaya upaya
    memperdayakan pihak musuh

    ReplyDelete
  8. subhanallah..besar sungguh pengorbanan beliau..

    ReplyDelete
  9. kena bijak memperdayakan musuh dan mengatur strategi kan

    ReplyDelete
  10. Sungguh bijak dan berani! Ya...merekalah mujahidah yang wajar kita contohi!

    ReplyDelete
  11. SubhanaAllah..mujahidah yg boleh dijadikan contoh..thanks share mselim!

    ReplyDelete
  12. indah isalam bukan amalanan sahaja tapi hati kena bersih dna ikhlas

    ReplyDelete
  13. Assalam MSelim3;
    Azdah seorang pejuang mujahiddah yg bijak, berani & hebat. Contoh seorang insan yg sgt baik utk diketahui.. subhanallah...

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Mselim

    Wanita yang hebat membuatkan lelaki rasa malu dengan mereka..

    ReplyDelete
  15. wanita islam berjuang untuk agama..

    ReplyDelete
  16. selalunya saya baca sirah nabi, wanita akan mengubat dan memasak untuk para pejuang.. perempuan boleh turun ke medan perang :)

    p/s: nama saya zizie. zafarah tu hanya link blog. klik digi kat sini :)

    ReplyDelete
  17. perkongsian yang menarik. Tak pernah tau pun sebelum ini.
    datang klik iklan nuffnang juga :) jemput2 klik sama

    ReplyDelete

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3