Laila Binti Abi Hasmah Berjanji Kepada Anaknya.

tokohwanitadizamanrasullulah

Ketika zamannya, Laila tergolong dalam wanita yang mulia. Dia memeluk islam dan berbaiah dengan Rasullulah saw sejak dahulu lagi. Laila berhijrah ke Habsyah dan Madinah bersama suaminya, Amir bin Rabi'ah al-'Unzi. Ada yang mengatakan, Laila dikategorikan sebagai wanita dan isteri pertama yang memasuki kota Madinah pada waktu Hijrah dan solat. 


Tentang kisah hijrahnya ke Habsyah , Laila berkata:"Dahulu, Umar bin Khattab adalah seorang yang kuat menentang keislaman kami. Ketika kami bersedia hendak berhijrah ke negeri Habsyah, Umar datang menemui aku yang sedang menunggang unta. Dia bertanya :"Kamu hendak ke mana, Wahai Ummu Abdullah (Laila) ?" 

Aku menjawab :"Kamu telah menyakiti kami dan kerana kami mempertahankan agama kami. 

Sambil berjalan pergi, Umar berkata :"Allah bersama kamu semua!. 
Tidak lama setelah itu, suamiku datang kembali dan berdoa agar Umar memeluk islam. 

Kisah lain tentang Laila disebutka oleh anak lelakinya, Abdullah bin Amir. Kisah ini patut direnungkan oleh para ibu bapa yang suka berjanji kepada anak-anak. Kisah ini disebutkan oleh Ibnu Hajar dalam al-ashbah. 

Al-laits bin Saad meriwayatkan daripada Muhammad bin Ajlan bahawa salah seorang hamba Abdullah bin Amir meriwayatkan bahawa dia berkata,:"Suatu hari ibuku memanggilku. Ketika itu Rasullulah saw sedang berada di rumah kami. Ibuku berkata : "Kemarilah, aku akan memberikan kamu sesuatu." 

Rasullulah saw menjawab:"Aku mahu memberinya kurma." 

Rasullulah saw berkata :"Seandainya kamu tidak memberikan seperti yang kamu janjikan maka dicatatkan untukmu suatu pembohongan. " 


Begitulah islam telah mengajar kepada kita betapa pentingnya menepati janji meskipun kepada anak sendiri. Jika janji kepada anak tidak boleh diabaikan begitu sahaja , jangan salahkan anak jika anak hilang kepercayaan kepada ibu bapanya. 


Moral of Story : 


"Jika berjanji dengan anak kenalah tepati , jika tidak nanti anak hilang kepercayaan kepada ibu bapa ." 


Sumber : 100 Wanita Di Zaman Rasullulah saw.

11 Comments

  1. sangat setuju sekali ..sesiapa pun berjanji pasti mengikut kemampuan

    ReplyDelete
  2. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
    ada sebuah pepatah yang Insya'Allah sampai detik ini sy pegang
    " JANJI ADALAH HUTANG "
    dan karena janji adalah hutang itu harus di lunasi...
    terima kasih share Laila binti abi Hasnah berjanji pada anaknya ini sangat bagus sekali buat kita semua...

    ReplyDelete
  3. Anak2 hanya mempelajari dari apa yg mereka lihat dan alami. Jika ibu bapa tidak menepati janji, maka itulah yg dipelajarinya. Oleh itu jangan sesekali berjanji jika tidak mampu menunaikannya...

    ReplyDelete
  4. Assalam MSelim3;
    Perkongsian ilmu yg sememangnya cukup baik utk renungan & peringatan buat kita semua.. t kasih

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kongsikan..sebab tu saya kurang berjanji dengan anak-anak..walaupun usianya baru mencecah 3 tahun, dia dah pandai menuntut janji...

    ReplyDelete
  6. satu perkongsian yang menarik dan cukup bermanafaat

    ReplyDelete
  7. betul..setuju sgt..sebelum nk berjanji kena fikir dlu mampu ke x nk tunaikan..

    ReplyDelete
  8. husna tak salah ibu bapa, mereka ada sebab tersendiri mengapa mereka berjanji.. kdg hanya bkata manis tp kita sbg anak yg salah tafsir.. demi melihat anak mereka puas.. :')

    ReplyDelete
  9. Bagus cerita ini. Mudah-mudahan kita lebih ramai kenali srikandi Islam

    ReplyDelete
  10. Satu cerita yang menarik..betul tu, kalau berjanji, tepatilah..tak kira pada siapapun

    ReplyDelete

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3