Lagu dan Lirik Nasyid Rasulullah - Hijjaz


Rasullulah dalam mengenangmu 
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu 
Membawa cahaya kebenaran 

Engkau taburkan pengorbananmu 
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita 
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya


(Korus)
Tidak terjangkau tinggi pekertimu 
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia 

Tabahnya hatimu menempuh dugaan 
Mengajar erti kesabaran 
Menjulang panji kemenangan 
Terukir namamu di dalam Al-Quran 

Rasullulah kami umatmu 
Walau tak pernah melihat wajahmu 
Kami cuba mengingatimu 
Dan kami cuba mengamalkan sunnahmu 

Kami sambung perjuanganmu 
Walau kita tak pernah bersua 
Tapi kami tak pernah kecewa 
Allah dan rasul sebagai pembela 

Lagu dan Lirik : Hijjaz Record

14 Comments

  1. puteri suka lirik lagu ni, sangat bermakna :)

    ReplyDelete
  2. sedap plak lagu ni bro...

    digi n unversiti :P

    ReplyDelete
  3. Kita suka lagu ni..Salam Jumaat Ms...

    ReplyDelete
  4. salam jumaat mselim.. aiza sukalagu ini.. :D

    ReplyDelete
  5. Assalamualikum selim ppp singgah sini... lagu2 nasyid skrg dah semakin tenggelam... tpi lagu2 mcm kumpulan raihan, rabbani, hijaaz, brothers dll tu masih segar dlm ingatan harap dikembalikan semula zaman kegemilangan nasid contemporary ni..

    ReplyDelete
  6. Nostalgia lagu ni. Dulu pernah wakil sekolah rendah untuk pertandingan nasyid, nyanyi lagu ni.

    ReplyDelete
  7. assalammualaikum mselim,
    baru je hari tu dnga lagu2 nasyid dlm kereta..hehe..layan jugak..
    salam jumaat dan happy weekend..

    ReplyDelete
  8. lagu nie memang sangat acik suka.... liriknya pun best

    ReplyDelete
  9. dah lama x dengar lagu ni.. dulu masa kat sekolah selalu jugak terngiang2 lagu ni.

    ReplyDelete
  10. Memang tak pernah jemu2 mendengar lagu2 nasyid era mereka ini...

    ReplyDelete
  11. lagu yang tidak jemu mendengarnya...semoga bertambah kasih Rasulullah SAW

    ReplyDelete
  12. Setauku hijjaz itu dah ada sebelum tahun 2000 tapi sampai sekarang lagu"nya masih banyak diminati,visit juga blog ane ya min

    palaqmp3

    mahkotamusik

    mahkotalagu

    samudramusik

    ReplyDelete
  13. Macam mana maw dapatkan lagu rasulullah versi wanita,tanpa vokal.. Please urgent sangat ni..anknsy ikut pertandingan nasyid

    ReplyDelete

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3