Hukum Menilik Nasib Haram dan Berdosa.

hukummeniliknasib

Satu fenomena baru yang amat berbahaya kepada umat islam ketika melayari laman Facebook untuk bermain aplications yang berkonsepkan ramalan atau menilik nasib. Selain itu, laman komuniti ada juga menyediakan kuiz-kuiz yang menilik nasib melalui personaliti hari lahir, kedudukan dalam adik beradik, bentuk jari, kedudukan tahi lalat, cara berjalan dan bermacam-macam dan pelbagai lagi yang digemari oleh rakyat kita. 


Apa yang lebih menakutkan kebanyakkan yang turut bermain itu adalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul. Pernah juga , kita melihat ada permainan jawab teka-teka untuk mengetahui tentang masa depan atau jodoh dengan tujuan suka-suka.

Firman Allah swt dalam Surah Al-Maidah ayat 90;

surahalmaaidahayat90
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Imam Muslim dalam kitab Shahih Muslim, meriwayatkan bahawasanya Rasullulah saw bersabda:"Barangsiapa mendatangi kepada tukang tilik, kemudian bertanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama 40 hari." (Riwayat Muslim) 


Abu Dawud pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra dari Rasullulah saw . Baginda bersabda :"Barang sesiapa yang mendatangi kahin (dukun) dan membenarkan apa yang ia katakan, sesungguhnya ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Rasullulah saw.

Dari Imam Amran bin Hushain ra, beliau berkata, bahawa Rasullulah saw bersabda:"Bukan termasuk golongan kami yang melakukan atau meminta tathayyur (menentukan nasib sial berdasarkan kepada tanda-tanda benda , burung dan lain-lain) yang meramal atau meminta diramalkan yang menyihir atau meminta disihirkan dan barangsiapa mendatangi peramal dan membenarkan apa yang dikatakan , maka sesungguhnya ia telah menafikan terhadap wahyu yang diturunkan kepada Rasullulah saw. (Hadis diriwayatkan Al-Bazzaar)

Oleh itu, buatlah perkara lain yang mendapat rahmat Allah swt dan RasulNya, Muhammad saw perkara sia-sia bukan sahaja merosakkan minda dan iman tapi juga membuatkan kita jauh daripada rahmat Allah.

"Barangsiapa mendatangi kepada tukang tilik, kemudian bertanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama 40 hari." (Riwayat Muslim) 

Kredit : Sumber 

22 Comments

  1. Assalamualaikum.. Masyallah. dulu suka baca zodiak2.. tengok benda2 gini. semoga dijauhi perkara2 begini.. terima kasih berkongsi hukum ni...

    ReplyDelete
  2. ada satu lagi... yg gile dengan zodiak tu... percaya le sangat2 ramalan zodiak tu..... alahaiii

    ReplyDelete
  3. macam-macam cara nak menyesatkan umat islam kini, cara halus, cara kasar

    ReplyDelete
  4. aslmualaikum mselim, thanks for the great piece of reminder, memang ada yang terlalu taksub dan percaya benda2 ni...

    ReplyDelete
  5. Harap orang2 Islam tak termasuk dalam golongan yang percaya benda macam ni...dah sebut dalam Alquran dan hadis kot...

    ReplyDelete
  6. walaupun hanya permainan.. sikit sebanyak akan mempengaruhi kita juga.. hukum tetap syirik.. berdosa.. thanks mselim atas peringatan

    ReplyDelete
  7. Betul tu MS..kadang-kadang tanpa sedar mengundang dosakan...

    ReplyDelete
  8. salam bro mselim..saya x pnah main game ramalan ni... erm..walaupun mainan kat fb..tetap berdosa klau kita pcya..
    mnabung inti :P

    ReplyDelete
  9. Nanyak sgt org suka percaya benda2 mcm nie

    ReplyDelete
  10. Assalam MSelim3;
    Semoga kita & keluarga kita semua dijauhi dari dosa2 spt syirik ini... nauzubillah... aamiin..

    ReplyDelete
  11. memang ada segelintir yang terlalu taksub dan terlalu mempercayai ramalan-ramalan sebegitu...terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  12. terima aksih di atas perkongsian ini meselim.. :D

    ReplyDelete
  13. perkongsian yg baik.. sama2 kita jaga diri dari terpengaruh dengan budaya tilik nasib ni, sama ada kita sedar atau tak..

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum mselim,
    40 hari solat tidak diterima tu..takut la..xpernah lgi cuba game ramalan ni..utk ramalan tarikh lahir dan sebagainya tu niesa baca je tp xpacaya...heee..

    click inti kat sini.. :D

    ReplyDelete
  15. Sekarang ni ada trend menilik baru kat Malaysia, tilik pakai buah kelapa dengan teropong buluh.

    ReplyDelete
  16. Salam En. mselim...
    Ermm.. memang macam2 cara musuh islam nak pesongkan akidah umat islam nie kan... dan umat islam tu pula tidak peka dengan larangan2 dalam agama itu sendiri... akibatnya... syirik secara tak sengaja... nauzubillah...

    ReplyDelete
  17. tq berkongsi , tulah pasal, masih ada yg percaya benda2 macm ni kan !

    ReplyDelete
  18. Dah lama tak tgk zodiak nie...

    ReplyDelete
  19. takutnya..semoga kita terhindar dari syirik

    ReplyDelete
  20. Syaitan cukup licik dalam menyesatkan manusia.

    ReplyDelete
  21. Walaupun dunia sudah moden..masih ramai yang tersesat dengan perkara syirik, Nauzubillah

    ReplyDelete
  22. satu info yang bagus. kebanyakan msyarakat masih lagi menilik nasib ni. masa depam kita telah ditentukan oleh Allah. beriman la dengan qada dan qadar. Allah telah bg yg terbaik untk kita.

    ReplyDelete

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3