Cara Solat Tanpa Pakaian .........

carasolattanpapakaian

Soalan : 

Sekiranya terjadi keadaan yang memaksa sekumpulan orang islam bersolat tanpa pakaian, adakah mereka dituntut juga untuk bersolat jemaah? Dalam situasi begini , apa yang perlu didahulukan, memelihara aurat atau bersolat berjemaah? 

Jawapan 

Tidak dapat dibayangkan bagaimana situsi begini boleh berlaku. Namun sekiranya ia terjadi, solat berjemaah masih dituntut untuk dilakukan. Jemaah dan imam yang tidak berpakaian ini hendaklah berada dalam satu saf (barisan) dengan mata memandang ke atas atau dipejamkan supaya tidak terlihat aurat orang lain. Solat dilakukan dengan cepat terutama pada rukun-rukun yang menonjolkan aurat seperti rukuk dan sujud . 

Boleh juga sekiranya mereka bersolat,jemaah dalam keadaan duduk. Dengan cara ini, aurat besar (dubur dan qubul) terpelihara daripada terdedah dengan jelas. 

Petikan : 
Buku" Anda Bertanya Ustad Menjawab Mengenai Solat" 
Halaman 49 

5 Comments

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3