Soalan :
Sekiranya terjadi keadaan yang memaksa sekumpulan orang islam bersolat tanpa pakaian, adakah mereka dituntut juga untuk bersolat jemaah? Dalam situasi begini , apa yang perlu didahulukan, memelihara aurat atau bersolat berjemaah?
JawapanTidak dapat dibayangkan bagaimana situsi begini boleh berlaku. Namun sekiranya ia terjadi, solat berjemaah masih dituntut untuk dilakukan. Jemaah dan imam yang tidak berpakaian ini hendaklah berada dalam satu saf (barisan) dengan mata memandang ke atas atau dipejamkan supaya tidak terlihat aurat orang lain. Solat dilakukan dengan cepat terutama pada rukun-rukun yang menonjolkan aurat seperti rukuk dan sujud .
Boleh juga sekiranya mereka bersolat,jemaah dalam keadaan duduk. Dengan cara ini, aurat besar (dubur dan qubul) terpelihara daripada terdedah dengan jelas.
Petikan :
Buku" Anda Bertanya Ustad Menjawab Mengenai Solat"
Halaman 49

wah..bagus nyh kak perkongsian..:)
ReplyDeletewah info berguna utk saya :)
ReplyDeletetq gd sharing ni
ReplyDeletewah inform yg betul2 berguna..
ReplyDeleteterima kasih dengan maklumat ini
ReplyDelete