Menurut catatan yang diakui , Maulana Malik Ibrahim datang dari Kashan, dari bangsa Arab dan keturunan Rasullulah saw . Beliau datang ke Jawa sebagai mubaligh agama islam . Sayid Muhammad bin Abdul Rahman bin Syahab telah mengemukan bukti bahawa Maulana Malik Ibrahim ada pertalian nasab dengan golongan Sayid dari hadramaut .
Beliau wafat di Geresik dan dimakamkan di sana . Dikatakan bahawa pada makamnya yang indah itu terdapat batu nisan yang luar biasa bikinannya . Menurut catatannya , batu nisannya telah dipesan dari Gujerat , India .
Pada batu nisan itu tertulis dengan jelas tarikh wafatnya , iaitu pada 12 Rabiul Awal 882 atau 9 April 1419 .
Menurut catatan tempatan Maulana Malik Ibrahim telah mengajar agama islam di sana dan mempunyai ramai murid baik dari penduduk Gersik sendiri atau dari tempat lain .
Bolehlah dikatakan bahawa Maulana Malik Ibrahim (kadang-kadang dikenali juga sebagai Maulana Magribi) adalah di antara dai'e pertama yang meletak batu asas penyebaran syariat islam dan seterusnya kekuasaan islam di Jawa .
Hakikat ini memang tidak menghairankan kerana Maulana Malik Ibrahim mempunyai ramai murid yang datang dari pelbagai daerah di Jawa, selain Geresik sendiri .
Beliau dianggap sebagai wali pertama daripada sembilan (songo) wali yang berjasa besar mengembangkan Islam di Jawa . Beliau wafat dan dimakamkan di Gersik 1419 .
Petikan :
Buku " Siapa Wali"
Halaman 130-131
Mustaffa Suhaimi


jadi kita sbg umat islam..wajib mempertahankan agama islam..hehehhe
ReplyDeleteNice sharing...
ReplyDeletePerkongsian yang menarik..
ReplyDeleteperkongsian yang baik dan menarik
ReplyDeletesy singgah di sini...nt sambung lg seterusnya. insyaAllah.
ReplyDelete