Cara Solat Tahiyyatul Masjid dan Adab Masuk Keluar Masjid

masjid

Solat Tahiyyatul Masjid ini digalakkan kita mengerjakannya setiap kali kita melangkah masuk ke masjid sebelum kita mengerjakan solat sunat mutlak, sulat rawatib atau solat fardu atau pada bila-bila masa dengan tujuan lain daripada solat. Apabila seseorang yang masuk masjid serta mempunyai keluasan masa yang mencukupi untuk mengerjakan solat sunat tahiyyatul masjid maka hendaklah dikerjakan kerana meninggalkannya tanpa sebarang keuzuran hukumnya makruh. 

Rasullulah saw bersabda yang bermaksud :
"Apabila seseorang kamu masuk masjid , maka janganlah kamu teus duduk sebelum kamu solat dua rakaat." 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Lafaz Niatnya : 



Maksudnya : Sahaja aku solat sunat tahiyatul masjid dua rakaat kerana Allah Taala. 


Solat sunat ini dikerjakan setiap dua rakaat dengan satu salam. Pada rakaat itu selepas Al-Fatihah sebaik-baiknya kita membaca surah. Jika ditinggalkan membaca surah pun tidak mengapa. 


Masjid adalah rumah Allah yang wajib dihormati dan diperlihara kesucian dan kemuliannya. Pergi ke masjid hendaklah dalam keadaan bersih,khusyuk dan merendah diri. Hendaklah membersihkan badan daripada kekotoran dan berwuduk serta berpakaian dengan pakaian yang paling baik dan rapi. 


surahalarafayat31
Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau-lampau sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.
(Surah al-Araf : 31) 
Apabila keluar/masuk rumah menuju ke masjid bacalah doa berikut : 


doamasukrumah
Selepas itu, apabila masuk/keluar ke dalam masjid bacalah doa ini : 

doamasukmasjid
Setelah selesai solat hendaklah niat duduk iktikaf dalam masjid, bacalah pula doa iktikaf : 

niatiktikaf

Diwaktu iktikaf ini sebaik-baiknya diisi dengan membaca al-Quran,zikir,selawat atas nabi,solat sunat dan lain-lain. Di dalam masjid hendaklah dielakkan dari perbuatan yang bersifat keduniaan. 

Daripada ;
mselim3.blogspot.com

24 Comments

  1. terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat ini mselim...

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang amat berguna mselim...terima kasih

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum mselim,
    lama niesa xsinggah sini..thanks utk perkongsian ni..

    ReplyDelete
  4. misalnya, masuk masjid, terus solat fardhu dulu, dah tak bolehkan buat solat sunat tahiyat masjid lepas tu?

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum...mujahidah maisarah,

    Jika seseorang itu telah masuk masjid dan terus duduk dengan sengaja, maka tiada lagi Solat Sunat Tahiyatul Masjid baginya. Tetapi jika terlupa barang sekejap maka boleh bangun dan terus solat. Tetapi jika kadar terlupanya lama .. tidak dibolehkan solat tahiyyatul masjid... sekian..

    mselim3

    ReplyDelete
  6. nampak remeh tapi ramai yang mungkin tidak tahu

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum mselim...

    Bagus sekali entry ini... selain mengingatkan kepada yang dah lupa... dapat juga memberi pengetahuan kepada yang belum tahu... :) TK

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum mselim...

    Bagus sekali entry ini... selain mengingatkan kepada yang dah lupa... dapat juga memberi pengetahuan kepada yang belum tahu... :) TK

    ReplyDelete
  9. perkongsian yang sangat bermanfaat :)

    ReplyDelete
  10. Assalam MSelim3;

    Perkongsian yg bermanfaat. Semoga Allah sentiasa memberkati... aamiin.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas peringatan.
    Insyaa Allah tak akan lupa.

    ReplyDelete
  12. ada yang pergi ke masjid untuk tidur sebelum solat atau selepas solat..adakah perbuatan ini wajar dilakukan..

    ReplyDelete
  13. Assalam mselim
    Macam2 doa dan amalan boleh kita lakukan diMasjid...peluang mudah untuk mendapat ganjaran pahala.

    ReplyDelete
  14. terima kasih untuk perkongsian ni :)

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum mSelim. Kadang2 ada jemaah yg duduk terlebih dahulu kemudian baru solat sunat tahiyyatul masjid. Terima kasih diatas perkongsian..:)

    ReplyDelete
  16. Assalammualaikum mselim.. Thanks for sharing this :)

    ReplyDelete
  17. selalu sampai masjid imam dah mula so terlepas nak bertahyatul masjid dulu..

    ReplyDelete
  18. Thanks MS...peringatan & ilmu yang baik untuk kita semua...

    ReplyDelete
  19. Terima kasih bro kongsikan..nanti saya nak amalkan...hehe

    ReplyDelete

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3