Doa Akhir Tahun dan Doa Akhir Tahun

doaakhirtahundandoaawaltahun

Doa Akhir Tahun 

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu asar atau sebelum masuk waktu Magrib pada akhir bulan Zulhijjah. 


"Sesiapa yang membaca doa ini , 
Syaitan berkata:"Kesusahan bagiku dan sia-sialah perkerjaaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun." 

Doa Awal Tahun 

Doa awal tahun ini dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharam. 


Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan." 

Antara Amalan Disunatkan Pada Bulan Muharam 

1- Berpuasa 
2- Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat,zikir dan sebagainya. 
3- Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan zulhijah selepas asar sebanyak 3 kali. 
4- Berdoa awal tahun pada 1 Muharam selepas Maghrib sebanyak 3 kali.

Sejarah Bulan Muharam 

Muharam adalah bulan pertama dalam tahun islam (hijrah). Sebelum Rasullulah berhijrah dari Mekah ke Yathrib (Madinah) kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasullulah memberi kesan besar kepada islam samada dari sudut dakwah Rasullulah, ukhuwah dan syiar islam itu sendiri . 

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang' iaitu Allah swt melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun, demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah (surah al-Baqarah :91). Sejak pemansuhan itu, umat islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. 

Peristiwa Penting Bulan Muharam

1 Muharam - Khalifah Umar al-Khattab mula menetapkan kiraan bulan dalam Hijrah. 

10 Muharam - Dinamakan juga 'hari Asyura'. Pada hari itu, banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. 

20 Comments

  1. salam muharram dan selamat tahun baru mselim...

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum mselim.. selamat menyambut tahun baru.. :)

    ReplyDelete
  3. Aminnn...semoga panjang umur dan berbahagia selalu di dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  4. Salam Maal Hijrah.
    Setiap kali awal Muharram...inilah amalan umat Islam, tetapi adakah kita tahu ianya bukan suatu kemestian kerana doa ini tiada dalam suruhan dalam Al-Quran mahupun Sunnah.
    Ia hanyalah doa ciptaan dan tidak salah membacanya tapi tidak perlu di baca pada waktu2 tertentu dgn bilangan tertentu...bacalah bila2 masa yg anda suka, bukan jadi amalan bila tiba sahaja Awal Muharram

    Ibnu Abbas juga pernah berkata:
    Hendaklah anda sentiasa bertaqwa kepada Allah dan beristiqamah. Ikutilah(apa saja yang disunnahkan oleh Rasullah saw) dan janganlah anda mengada-adakan sesuatu yang baru.

    Sekadar berkongsi pengetahuan..Wallhualam.

    ReplyDelete
  5. Betul tu BM,

    sebenarnya perkara ini sudah menjadi amalan umat islam, apabila akhir tahun dan mula tahun baru.
    Macam zikir, puasa sunat, dan amalan yg lain kita boleh buat bila2 masa dan terikat pada sesuatu masa khusus.

    mselim3

    pls: pape pun terima kasih atas ingatan tu...

    ReplyDelete
  6. saya setuju dengan tuan Mohd Selim...saya ada dengar ustaz kata ada dalam hadith tetapi dhoi'f. amalan baik yang tidak bercanggah dengan akidah tidak ada masalah untuk diamalkan.

    ReplyDelete
  7. Salam Maal Hijrah...

    doa yg baik...utk kita jalani tahun baru sehingga penghujungnya dgn baik. semoga amalan kita diterima oleh Nya.

    ReplyDelete
  8. Perkongsian yang sangat menarik.

    Selamat menyambut Awal Muharam

    ReplyDelete
  9. Salam Maal Hijrah m.selim seleluarga..terima kasih, semoga jgn terlepas pandang ...kalau boleh sama2 kita manfaatkan..

    ReplyDelete
  10. salam maal hijrah mselim. terima kasih berkongsi infonya.

    ReplyDelete
  11. nice sharing...salam maal hijrah.....

    ReplyDelete
  12. Salam Maal Hijrah.. semoga yg mendatang membawa lebih kebaikan dari sebelumnya buat kita semua.. aamiin..

    ReplyDelete
  13. hari asyura dh nk dekat.. tak sabar nk merasa bubur asyura..
    salam maal hijrah...

    ReplyDelete

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3