TEKNIK BERPERANG KHALID AL--WALID.

teknikberperang

“Bukankah kamu mengimpikan untuk mati syahid. Kita bukan memerangi manusia dengan melihat jumlah atau kekuatan atau banyaknya mereka. Kita memerangi mereka hanya berbekalkan dengan agama ini yang telah Allah muliakan kita dengannya. Justeru ayuh, tidak kita dapati melainkan salah satu daripada dua kebaikan, menang (tertegaknya agama Allah) atau mati syahid.” [Abdullah bin Rawwahah]


3,000 versus 200,000?
Perang Mu’tah diisytiharkan kemenangannya memihak kepada tentera Islam dengan angka terkorban syahid daripada tentera Islam seramai dua belas orang sahaja, sedangkan jumlah tentera musuh Rom berjumlah 200,000 orang siap dengan kelengkapan perang serba canggih.
Jumlah tentera Islam = 3,000
Jumlah tentera Rom dengan bantuan sekutu kabilah = 200,000
Peratus tentera Islam berbanding Rom
3,000/200,000 x 100% = 1.5%
Peratus tentera Islam terkorban berbanding jumlah tenteranya
12/3000 x 100% = 0.4%

Melihat dengan mata kasar, kita akan mudah menganggap ianya suatu perkara mustahil untuk Islam memenangi peperangan dalam jumlah yang tidak sampai 2 peratus daripada jumlah tentera Rom. Bukan setakat itu, ditambah pula kekangan-kekangan yang membelenggu tentera Islam ketika itu antaranya:
1. Ketidakhadiran Rasulullah SAW bersama ke medan perang
2. Tentera yang sedikit dan serba kekurangan kelengkapan senjata melemahkan motivasi
3. Turun ayat yang member isyarat petanda kematian panglima-panglima perang sebelum bermulanya perang tersebut

Pelik bukan?

Namun, siapa tahu, Allah SWT hakikatnya ingin membenarkan ayat-Nya…
“Ketahuilah, Sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat.”
Apakah faktor pemangkin yang membezakan tentera Islam dengan tentera lain? Tidak lain tidak bukan keimanan tentera-tentera Islam yang ampuh terhadap janji Allah SWT. Mereka berperang untuk mati. Mati bertemu Tuhan mereka. Kemenangan dalam peperangan bukanlah segala-galanya. Bahkan dalam hadith:
Abu Musa al-Asy’ari r.a meriwayatkan bahawa seorang Badwi telah datang kepada Nabi s.a.w dan bertanya: “Wahai Rasulallah! Ada seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, ada juga seseorang yang berperang untuk disebut-sebut namanya, dan ada pula seseorang yang berperang untuk melihat kemampuannya.Oleh itu, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?” Rasulullah saw. menjawab dengan sabdanya:
“Barangsiapa yang berperang demi menegakkan kalimah Allah, maka beliaulah yang berada di jalan Allah.”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hikmah di sebalik perintah Rasulullah SAW
Rasulullah SAW melantik Zaid bin Harithah sebagai ketua panglima angkatan tentera. Bahkan Rasulullah SAW siap berpesan supaya menggantikan Zaid dengan Ja’far bin Abu Talib jika Zaid terbunuh, dan menggantikan Ja’far dengan Abdullah bin Rawwahah sekiranya ditakdirkan Ja’far pula terbunuh.
Sebelum berangkat perang, sempat Allah turunkan ayat berkenaan petanda akan syahidnya ketiga-tiga nama yang disebutkan Baginda SAW:
“dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara Yang mesti (berlaku) Yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu.” [Maryam:71]
Allah membenarkan kata-kata kekasihNya. Ketiga-tiga panglima angkatan perang benar-benar terbunuh setelah silih berganti memegang panji putih Islam mengikut aturan Rasulullah SAW. Akhirnya panji Islam dipegang oleh pedang Allah yakni Khalid al-Walid, dan takdir Allah tentera Islam menang di bawah pimpinan beliau.

Bagaimana Pedang Allah Menyusun Strategi

Strategi 1:

Mengubah formasi dan posisi barisan ketenteraan, dengan barisan hadapan diletakkan di belakang, sayap kanan diletakkan sebelah kiri dan sebaliknya.
Berkat strategi ini memberikan kemenangan moral kepada tentera Islam, apabila tentera Rom begitu takut dan terkejut melihat ‘barisan baru’ tentera Islam seolah-olah seperti tentera Islam mendapat bantuan luar. Disebabkan perbezaan pendapat sesama mereka, tentera Rom saling bertelagah dan bertempur sesama sendiri.

Strategi 2:
Membawa pasukan tentera berundur sedikit demi sedikit, tanpa mengubah kedudukan formasi tentera.

Hal ini menambah kegerunan tentera Rom kerana menganggap seperti tentera Islam seolah-olah hendak memasang perangkap untuk menjerumus mereka ke dataran perang yang tidak diketahui bahayanya. Oleh itu, tentera Rom tidak mengejar tentera Islam.
Tentera Rom pulang ke negeri mereka dalam keadaan kecewa kerana bingung dengan strategi tentera Islam bahkan mereka buntu idea memikirkan taktik untuk mengejar tentera Islam. Tentera Islam berjaya berundur dengan selamat hingga sampai ke Madinah.

Implikasi jangka masa panjang perang Mu’tah:

1. Peristiwa yang dipandang begitu menakjubkan kerana tentera Islam yang sedikit memenangi tentera raksasa Rom. Ramai orang kehairanan dengan kesudahan perang ini.

2. Peluasan empayar Islam ke Rom. Hal ini disebabkan Rom mengakui kekuatan umat Islam yang terletak pada keimanan penganutnya, kesannya kerajaan Rom tidak mudah memandang rendah pada tentera Islam.

3. Kebenaran adanya pertolongan Allah. Allah menghantar tentera Malaikat untuk membantu tentera Islam, di samping mencampakkan rasa takut dalam hati-hati tentera musuh Rom sehingga mereka bertempur sesama sendiri
Allahuakbar!
Kredit : Sumber
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Si Matatajam
AUTHOR
October 17, 2012 at 5:11 PM delete

Strategi yg mantap mampu mengalah lawannya. Semuanya berlaku dgn izin Allah..

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon