Kisah Kesyahidan Salim Mahula Abi Hudzaifah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
perang-yamamah

Kisah Kesyahidan Salim Mahula Abi Hudzaifah- Ketika Perang Yamamah meletus , Salim Mahula Abi Hudzaifah seorang hamba milik Abu Hudzaifah berkata :"Beginilah keadaan kita berjuang bersama Rasulullah saw. Lalu ia mengali lubang untuk dirinya sendiri dan ia berdiri di atasnya. Ketika ia membawa bendera kaum muhajirin ia pun mula berperang hingga gugur syahid di tempat itu. <30> 


Ahmad bin Abdullah mengisahkan bahawa Salim hamba kepada Abu Hudzaifah gugur dalam perang Yamamah.  Ketika ia memegang bendera atau panji islam dengan tangan kanannya , tangan kanannya terputus akibat libasan pedang musuh. Kemudian, Salim Mahula Abi Hudzaifah memegang bendera atau panji islam dengan tangan kirinya, akan tetapi tangan kirinya juga putus dilibas dengan pedang musuh.
Lalu Salim Mahula Abi Hudzaifah memeluk bendera atau panji islam lalu membacakan firman Allah SWT :

Surah Al-Imran ayat 144

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).
(Surah Al-Imran ayat 144)

Namun , Salim Mahula Abi Hudzaifah tetap terus berperang dengan baki kekuatannya hingga ia gugur dalam pertempuran itu sebagai syahid. <32>
Setelah perang tamaat ditemui dua mayat sahabat iaitu mayat Salim Mahula Abi Hudzaifah dan tuannya Abu Hudzaifah dengan keadaan kepala yang satu berada di kaki yang lain. <33> 

Sumber :
<30> Lihat kitab Thabaqaat al-kubra :3/1/61 sanadnya sangat dhaif (lemah) kerana diantara perawinya terdapat al-Waqidiy yang darjatnya Matruk
<32> Lihat kitab Shafwah as-Safwah : 1/384 karangan Ibnu Atsir
<33> Lihat kitab Mustadrak karangan Hakim :3/225

Terima kasih kerana membaca artikel Kisah Kesyahidan Salim Mahula Abi Hudzaifah ini.

Daripada :
http://mselim3.blogspot.my/
Previous
Next Post »

5 comments

Write comments
Khir Khalid
AUTHOR
May 3, 2016 at 9:25 PM delete

Assalam MSelim3... subhanallah... pejuang yg hebat dan menjadi contoh ikutan kita semua dlm mempertahankan kesucian Islam... t kasih atas perkongsian ini.

Reply
avatar
Norul Huda
AUTHOR
May 4, 2016 at 3:51 PM delete

Pejuang terdahulu berjuang bermatian-matian untuk membawa syiar Islam. Sehingga hari ini kita dapat merasai nikmat Islam dan Iman.

Reply
avatar
hamba Allah
AUTHOR
May 4, 2016 at 11:05 PM delete

assalamu'alaikum tuan

jzkk atas perkongsian
tetapi
kalau tak silap,
maula/mawla
bukan mahula

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon