Cara Solat Sunat Hadiah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
solat-sunat-hadiah

Cara Solat Sunat Hadiah - Diriwayatkan Rasulullah saw pernah bersabda : "Bahawa pada malam pertama mayat dikebumikan keadaan mayat berada di dalam keluh kesah . Oleh itu, kasihanilah kamu dengan mengurangkan keluh kesah mayat itu dengan bersedekah. Jika tidak mampu bersedekah solatlah 2 rakaat , bacalah pada tiap-tiap rakaat satu kali fatihah, satu kali ayat kursi, satu kali al-takathur dan 10 kali surah al-ikhlas dan hendaklah berdoa sesudah memberi salam." Maka dianjurkan kepada ahli keluarganya supaya mereka mengerjakan solat hadiah sebagai doa yang menolong roh si mati.

Solat Sunat Hadiah dilakukan pada malam hari sesudah selesai solat maghrib atau isyak dimana siangnya arwah dikebumikan .

Cara mengerjakan Solat Sunat Hadiah ini sama seperti solat sunat yang lain.

Pada rakaat yang pertama selepas Al-Fatihah dibaca ayat Kursi. (al-Baqarah ayat 255) sekali


Pada rakaat kedua pula selepas Al-Fatihah dibaca surah At-Takasur sekali dan surah Al-Ikhlas 10 kali.

Lafaz niatnya ialah :
lafaz-niat-solat-hadiah

"Sengaja aku solat hadiah dua rakaat kerana Allah Taala." 

Selepas salam berdoalah dengan doa bagi memohon kelapangan kubur dan kesenangan untuk si mati atau bacalah doa solat sunat hadiah ini : 

doa-solat-sunat-hadiah
"Ya Allah , sesungguhnya telah aku dirikan solat ini Engkau Maha Mengetahui apa yang ku maksudkan. Ya Allah , aku memohon kepadaMu sampaikan ganjaran pahalanya (solat hadiah ini) kepada kubur si Fulan bin Fulan." 

Semoga dapat diamalkan apabila tiba masanya nanti. 

Terima kasih kerana membaca artikel Cara Solat Sunat Hadiah ini . 

Sumber : Himpunan 75 Solat-Solat Sunat
Daripada : 
http://mselim3.blogspot.my
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
May 11, 2016 at 1:20 PM delete

Terima kasih perkongsian ini Tuan. Berguna untuk kita semua. Kena amal lepas ni untuk ahli keluarga dan saudara kita.

Reply
avatar
JAMIL HASHIM
AUTHOR
May 11, 2016 at 3:13 PM delete

WAALAIKUMUSSALAM ABG MSELIM.TERIMAKASIH ATAS PERKONGSIAN.

KUNJUNGAN

http://jmbelog.blogspot.my/

http://ohbloggerr.blogspot.my/#

Reply
avatar
husna zahidi
AUTHOR
May 12, 2016 at 2:09 AM delete

perkongssian yg bermanfaat..:)

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
May 18, 2016 at 1:18 PM delete

Assalamualaikum MSelim3... apa khabar... alhamdulillah, perkongsian yg sgt baik buat pengetahuan kita semua. Pasti ada yg tak tahu ttg solat sunat hadiah ini. Semoga Allah sentiasa memberkati... aamiin.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon