Sayyidah Khadijah Menguji Jibril

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
khadijah

Sayyidah Khadijah Menguji Jibril - Sayyidah Khadijah merupakan isteri Rasulullah saw yang pertama . Sayyidah Khadijah mempunyai tempat yang istimewa di hati Rasulullah saw. 

Sayyidah Khadijah berkata kepada Rasulullah saw :"Dapatkah Rasulullah memberitahu atau mengkhabarkan kepadaku apabila Jibrail datang nanti?" 

Jawab Rasulullah saw :"Boleh" 

Apabila Jibrail datang bertemu Rasulullah. Rasulullah saw pun memberitahu kepada Sayyidah Khadijah. Lalu Sayyidah Khadijah meminta Rasulullah saw duduk di peha kanannya. Lalu permintaan itu dituruti oleh Rasulullah saw. Lalu Sayyidah Khadijah bertanya lagi adakah Rasulullah saw masih dapat melihat Jibrail. 

Maka Rasulullah saw menjawab :"Ya" . 

Kemudian , Sayyidah Khadijah meminta Rasulullah saw duduk di peha kirinya pula. Lalu permintaan itu dituruti oleh Rasulullah saw. Lalu Sayyidah Khadijah bertanya lagi adakah Rasulullah saw masih dapat melihat Jibrail. Maka Rasulullah saw menjawab :"Ya" . 

Kemudiannya, Sayyidah Khadijah membuka tudung dan wajahnya. Lalu Sayyidah Khadijah bertanya lagi adakah Rasulullah saw masih dapat melihat Jibrail. Maka Rasulullah saw menjawab :"Tidak" . 


Sayyidah Khadijah Menguji Jibril berseru :"Bergembiralah sesungguhnya dia adalah Malaikat bukan Syaitan." 

Daripada  : http://mselim3.blogspot.com

Terima kasih sudi membaca artikel Sayyidah Khadijah Menguji Jibril ini . 
Sumber : Cerita-Cerita Motivasi Untuk Hidup Bertakwa
Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
Mia Liana
AUTHOR
April 24, 2016 at 11:39 AM delete

terima kasih... santapan minda...

pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #23. maaf mia baru sempat nak blogwalking.

blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2016/04/senarai-url-blog-23.html

pemenang akan diumumkan pada 26 April 2016

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
April 26, 2016 at 10:28 AM delete

Assalammualaikum MSelim...subhanAllah terkesan sungguh biarpun ringkas...sesungguhnya syaitan sangat suka kepada perkara yang lagha..

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
April 26, 2016 at 7:20 PM delete

Assalamualaikum MSelim3... subhanallah... bijaknya Sayyidah Khadijah, wanita contoh sepanjang zaman. T kasih atas perkongsian ini.

Reply
avatar
Bin Muhammad
AUTHOR
April 26, 2016 at 9:06 PM delete

Assalamualaikum sahabat...
Perkongsian menarik...Jelaslah Siti Khadijah merupakan insan istimewa buat Rasulullah SAW.

p/s: Loading blog mselim bagus...pantas, namun masih ada ruang untuk diperbaiki sekiranya ingin lebih baik. Salah satunya, Cuba belajar bagaimana nak buat javascript defer parsing, mesti kesannya lebih hebat...

Reply
avatar
April 27, 2016 at 7:42 AM delete

Waalaikummusalam... BM,

terima kasih sahabat BM sudi komen dan berikan pandangan tentang blog mselim3 nie.. cuma tak faham apa itu javascript defer parsing...tu. hehehhe.:)

mselim3

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon