Kisah Biawak Yang Bijak Berkata-Kata

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
dhob

Kisah Biawak Yang Bijak Berkata-Kata - Diriwayatkan oleh Ibn Kathir dalam KitabAl-Bidayah Wan-Nihayah bahawa al-Baihaqi menceritakan daripada Abu Mansur Ahmad bin Ali Ad-Damghaniy dari daerah Namin di Baihaq dalam sebuah kisah yang disampaikan daripada Umar ra.


Rasulullah saw sedang berjalan bersama kumpulan para sahabat. Tiba-tiba datang seorang Arab Badwi daripada Bani Sulaim ke hadapan Rasulullah saw. Beliau membawanya seekor biawak padang pasir (Dhad) yang ditangkapnya dan bercadang untuk membakar haiwan ini untuk dimakan.

Melihat hal itu, beliau tertarik melihat dan mendekati dan bertanya siapakah gerangan yang sedang mereka iringi. Apabila diberitahu bahawa mereka sedang mengiringi nabi maka dia terus mendekati lantas beliau berkata : "Demi Tuhan Lata dan Uzza tiada yang terdapat di alam ini yang lebih kubenci daripadamu Muhammad!" Kalau tidak kerana kaumku memanggilku dengan tergesa-gesa tentulah aku memenggal kepalamu jika itu dapat mengembirakan hatiku dan semua manusia yang berkulit hitam dan putih dan lainnya. "
Umar Al-Khattab menjadi marah lalu ia bangkit berkata :"Biarlah aku mengakhiri hidupnya!". Nabi menjawab dengan tenang :"Wahai Umar , tidakkah kamu tahu lemah-lembut itu sifat nabi?"

Nabi kemudiannya berkata kepada Arab Badwi itu :"Apakah yang menyebabkan engkau berkata demikian, sepatutnya engkau menghormati aku bersama sahabatku."

Arab Badwi tidak mahu mengalah bahkan mengeluarkan biawak (Dhad) lalu melemparkannya di hadapan Rasulullah saw. Lantas berkata :"Demi Tuhan Lata dan Uzza, aku tidak beriman kepadamu sehingga biawak ini beriman kepadamu".

Tanya Rasulullah saw :"Siapakah aku wahai biawak (Dhad)?.

Jawab biawak (Dhad) :"Tuan adalah Utusan Allah yang memiliki sekalian alam. Amat beruntung orang yang menyokong perjuangan tuan dan binasalah orang yang mendustakan tuan. Aku beriman kepada Tuhan yang dilangit itu arasyNya di bumi itu kekuasaanNya dan di lautan itu jalanNya dan di syurga itu rahmatNya dan di dalam neraka itu azabNya."

Mendengar kata-kata biawak (Dhad) itu yang menjawab dalam bahasa Arab dengan fasih dan lancar serta didengari oleh semua yang hadir itu. Maka Arab Badwi itu menjawab:"Wahai Muhammad sebelum ini engkau adalah orang yang paling aku benci tetapi kini engkau adalah orang yang paling aku kasihi berbanding bapaku dan diriku engkau amat aku kasihi zahir dan batin.

Kemudian Arab Badwi itu mengucap syadah di hadapan semua yang hadir , hal ini menjadi pengajaran kepada kita supaya berlemah-lembut sekalipun kasar dengan Rasulullah saw. Inilah contoh akhlak yang harus diikuti dalam berdakwah dengan akhlak yang lemah lembut dalam menyebarkan syiar islam untuk orang bukan islam tertarik dengan islam itu sendiri.

Terima kasih membaca artikel  Kisah Biawak Yang Bijak Berkata-Kata ini.

Daripada :
http://mselim3.blogpspot.my
Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
JAMIL HASHIM
AUTHOR
April 4, 2016 at 2:07 PM delete

WAALAIKUMUSSALAM ABG MSELIM. PERKONGSIAN YANG BAIK. ADIK MOHON SHARE YA...http://jmbelog.blogspot.my/

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
April 4, 2016 at 7:39 PM delete

Assalamualaikum MSelim3.. Subhanallah walhamdulillah... kisah yg mendalam buat peringatan dan renungan kita semua. T kasih atas perkongsian ini sahabat...

Reply
avatar
April 29, 2016 at 7:21 AM delete

Assalamualaikum, Alhamdulillah kisah pengajaran yang pendek tetapi sangat menginsafkan. Janganlah berkasar bahasa, meninggi diri dan sentiasa bersikap merendah diri dengan orang lain (meskipun budak kecil, hatta dlm kisah ini berkaitan dengan dhob) yang mana mungkin lebih mengimani Allah dan RasulNya. Tabarakallah.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon